Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biduk pecah nakhoda mati, anak buah bercerai-berai.

Takrif

Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan.

Takrif

Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga.

Takrif

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya.

Takrif

Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. atal = buah kayu makanan enggang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak buah

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Jeddah,
     Pergi dengan anak permaisuri;
Kalau teringin hendak makan buah,
     Buah masak di ranting tinggi.



Lihat selanjutnya...