Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sejak kera masuk negeri, Anak merbah jadi merajuk; Sejak ketua sibuk mencuri, Anak buah jadi perampok.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak kera pindah ke tanjung, Anak lebah bersenang hati; Sejak kepala suka disanjung, Anak buah pun datang memuji.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buah putat buah kedondong, Buah mentimun masak dahulu; Tuah adat tuah sekampung, Tuah menurun ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah kentung buah kekati, Buah salak di dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Hantar talak anak orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tinggi bukit gunung Mak Buah, Anak pelanduk berlari-lari; Kalau dah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buah padi masak sepenggal, Mari diketam anak Melayu; Buah hati selamat tinggal, Bukanlah kami membuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kuda tepi gedung, Mari makan rumput rampai; Buah saya buah kedondong, Sampai lisut tak makan tupai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak buah

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Jeddah,
     Pergi dengan anak permaisuri;
Kalau teringin hendak makan buah,
     Buah masak di ranting tinggi.



Lihat selanjutnya...