Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk wang atau yuran yang diberikan percuma kepada pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan, atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya disifatkan sebagai penghormatan terhadap pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung, juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset berguna kepada masyarakat dan negara. |