Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEMBAHYANG | rukun islam ke dua, ibadat yang wajib dilaksanakan oleh umat islam | AGAMA | Konsep |
NAFKAH | Nafkah, merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh mereka yang mempunyai kuasa terhadap orang yang ditanggungnya. | AGAMA | Konsep |
NABI ILIASA A.S. | Nabi Iliasa a.s. ialah salah seorang nabi keturunan Bani Israel. Al-Quran mengkategorikan Nabi Iliasa a.s. ke dalam kumpulan rasul-rasul yang wajib diimani. Nabi Iliasa a.s. menyampaikan dakwah setelah kewafatan Nabi Ilias a.s. Dakwah Nabi Iliasa a.s. ialah beriman kepada Allah SWT dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Ilias a.s. dan syariatnya. | UMUM | |
MASJID AL-HARAM | Masjid al-Haram ialah masjid terbesar di dunia yang wajib dikunjungi oleh umat Islam yang menunaikan ibadat haji. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
AGEN | Agen ialah orang yang mewakili seseorang lain dalam urusan undang-undang, perniagaan, atau lain-lain. Orang yang mengupah agen dikenali sebagai prinsipal . Jika agen bertindak di dalam kuasa yang diberikan oleh prinsipal, maka prinsipal wajib bertanggungjawab seolah-olah dia yang bertindak. | UMUM | |
AURAT | Aurat, anggota badan yang wajib ditutup mengikut Islam dan seseorang akan berasa malu apabila ia didedahkan. | AGAMA | Konsep |
SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE | Scribe, Augustin Eugéne (17911861), penulis drama Perancis. Dia merupakan penulis yang berjaya dalam bentuk drama realistik yang dinamakan, the well-made play . Drama seperti itu bergantung pada kesan dan pada penerangan yang teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan datang. Drama yang baik mengandungi suatu babak wajib pada klimaks apabila rahsianya didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia, watak-watak itu akan menerima ganjaran atau denda. | UMUM | |
LAPAU | LAPAU, hukuman adat di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan dan Murut di Sabah. Lapau merupakan ganti rugi yang wajib diberikan oleh seorang suami atau isteri yang melakukan zina dengan orang lain. Orang Dusun dan Murut menganggap berzina sebagai satu kesalahan adat., Mereka juga percaya bahawa tindakan itu boleh menggugat keharmonian kampung dan juga ahli keluarga pihak yang terlibat. | BUDAYA | Adat |
HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN ISLAM | Hukum-hukum perkahwinan Islam, peraturan atau ketentuan menurut hukum syarak sama ada wajib, harus, sunat, makruh atau haram. | AGAMA | Konsep |
CUKAI | Cukai, bayaran wajib dalam bentuk wang dan bukan wang yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu dan syarikat. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| wajib (adverba,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;, | | Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan, |
|
Puisi |
---|
|
Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala.
Lihat selanjutnya... |
|