Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AUNG SAN SUU KYI, DAW | Aung San Suu Kyi, Daw (1945 ), pemimpin politik Myanmar. Dia menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991 atas usaha-usaha secara damai yang dilakukannya untuk meng embalikan demokrasi di Myanmar. Dari tahun 1989 hingga 1995, dia ditahan di dalam rumah oleh diktator tentera yang memerintah Myanmar. | UMUM | |
ROSE, ERNESTINE POTOWSKI | Rose, Ernestine Potowski (18101892) merupakan reformis wanita yang utama di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1800-an. Dia menjadi terkenal khususnya sebagai penyokong awal usaha-usaha untuk mendapat hak yang sama bagi kaum wanita. | UMUM | |
BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN | BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menentang usaha-usaha golongan tertentu yang cuba memperkecil kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957. | BAHASA | Konsep |
EKSPLORASI PETROLEUM | Kegiatan dalam usaha penemuan dan penambahan simpanan petroleum yang baru. Umumnya, usaha eksplorasi merupakan kegiatan penting atau nadi dalam industri Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
SULTAN MUZAFFAR SYAH I | Sultan Muzaffar Syah I ( ?1179) ialah Sultan Kedah yang pertama (11361179). Nama baginda sebelum memeluk agama Islam ialah Maharaja Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pusat pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala Muda dan nama Kedah pula pada masa itu ialah Qalha. Sultan Muzaffar Syah I terkenal kerana usaha-usaha baginda mengembangkan agama Islam di Kedah. | UMUM | |
PIAGAM JAKARTA | PIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SISTEM BENUA | Sistem benua, merupakan usaha menahan perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an. Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara perang ekonomi menentang United Kingdom. Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri Berlin pada 21 November 1806 yang mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada kapal berkecuali yang berlabuh di United Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang Semenanjung dalam usaha sia-sianya menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I (Kejatuhan kuasanya). | UMUM | |
KEDERMAWANAN | Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai kesejahteraan manusia oleh individu dan kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada kebajikan kerana kedermawanan biasanya menolong kumpulan yang besar atau sesebuah institusi dan bukan orang perseorangan atau beberapa individu sahaja. | UMUM | |
MENELAAH PELAJARAN | Menelaah pelajaran ialah usaha untuk mempelajari sebarang mata pelajaran. Menelaah ialah bahagian penting dalam pembelajaran kerana sebahagian besar pencapaian di sekolah, sebahagian besarnya bergantung kepada beberapa banyak yang telah ditelaah. Seseorang tidak boleh mengharapkan mempelajari semua yang perlu diketahui tentang sesuatu mata pelajaran daripada guru di dalam bilik darjah. Menelaah di luar bilik darjah juga perlu dibuat. Gabungan pembelajaran di bilik darjah dan menelaah pelajaran di luar bilik darjah dapat menentukan sejauh mana pencapaian seseorang di sekolah. Menelaah menjadi semakin penting apabila seseorang meneruskan pelajaran dari sekolah rendah ke sekolah menengah, dan seterusnya ke kolej. | UMUM | |
PERLEMBAGAAN CLARENDON | Perlembagaan Clarendon merupakan usaha awal, di England, untuk menetapkan garis sempadan antara hak Gereja dengan bidang kuasa Raja. | UMUM | |
|
|