Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TUNGGAL | bentuk kata yang menunjukkan makna satu. | BAHASA | Konsep |
HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL | | SASTERA | Karya |
PROTOZOA | Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan protozoa bersama lain-lain organisma ringkas dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa dikenali sebagai protozoologi. | UMUM | |
DINOFLAGELAT | Dinoflagelat ialah sejenis organisma bersel tunggal yang terdapat di seluruh lautan dan di tasik air tawar dan kolam. | UMUM | |
DIATOM | Diatom ialah organisma mikroskopik bersel tunggal. Diatom terdapat di lautan, tasik air tawar, sungai dan anak sungai dan juga di tanah yang lembap. Dalam air, diatom hidup melekat pada batuan, pasir atau tumbuhan, atau ia mungkin terapung bebas | UMUM | |
MERANTI | Meranti ialah sejenis pokok hutan yang tinggi, besar, berdaun tunggal dan agak kecil, tetapi bahagian hujungnya, biasanya kembang, dan batang bawahnya berbanir. Kayu meranti digunakan untuk membuat rumah dan bangunan. Manakala sesetengah jenis meranti pula dapat menghasilkan damar dan tengkawang. | UMUM | |
PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN | Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan mereka semula. Palestin merupakan tempat bersejarah yang penting kini; ia mengandungi Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah semenjak tahun 1967. | UMUM | |
SYAITAN | Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka menyesatkan manusia. Dalam al-Quran perkataan iblis dan syaitan banyak kali diulang dalam ayat-ayat yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan al-Jin dan al-Jinnah dalam beberapa ayat dalam al-Quran yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak kebanyakannya membawa makna syaitan. | UMUM | |
EMPANGAN GRAND COULEE | Empangan Grand Coulee ialah empangan konkrit dan sumber kuasa air tunggal yang terbesar di Amerika Syarikat. | UMUM | |
SULTAN ISMAIL PETRA | Sultan Ismail Petra (1949 ) ialah Sultan Kelantan yang ke-28. Baginda merupakan putera tunggal Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Berikutan kemangkatan ayahandanya pada 29 Mac, 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur, baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-12 pada 30 Mac 1980 di Istana Bali, Kota Bharu. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tunggal (adjektif) | Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;, | | Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan, |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan menindan kelapa manis; Berpeluk tinggal bercium tinggal, Tinggal abang jangan menangis.
Lihat selanjutnya... |
|