Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Bagai ditembak petus tunggal.

Takrif

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Dientak [hentak] alu luncung). putus tunggal = petir yang sangat keras bunyinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Malang tiada datang tunggal.

Takrif

Malang yang bertimpa-timpa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kilat senja, bagai petir tunggal.

Takrif

Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dientak (hentak) alu luncung.

Takrif

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tunggal (adjektif)
Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;,
Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.



Lihat selanjutnya...