Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MASJID UBUDIAH | MASJID UBUDIAH, antara masjid yang tercantik Perak. Masjid ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina dengan titah Sultan Idris Murshidul Azam Syah, Sultan Perak (1887-1916). Baginda bernazar untuk mendirikan sebuah masjid setelah baginda pulih daripada gering. Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris meletakkan batu asas pembinaan masjid tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
KESULTANAN TERENGGANU | KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
KOTA JELASIN | KOTA JELASIN, salah sebuah ibu negeri Kelantan pada zaman silam. Mengikut sejarah tempatan, Kota Jelasin telah dibina oleh Raja Abdullah dan permaisurinya Puteri Saadong atas titah Che Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong, sebuah negeri di Kelantan dengan ibu negerinya di Chetok yang terletak dalam jajahan Pasir Mas sekarang. Kota Jelasin dibina sekitar tahun 1633 sempena pelantikan Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai raja pemerintah. Sumber tempatan lain pula menyebut Puteri Saadong telah dilantik oleh Che Siti Wan kembang menjadi raja di Kota Jelasin pada tahun 1677. Manakala sebuah sumber tempatan lain menyebut, setelah Raja Abdullah berkahwin dengan Puteri Saadong, baginda telah dilantik sebagai raja negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan gelaran Sultan Abdullah dan kemudian baginda telah membina Kota Jelasin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULTAN MUHAMMAD SYAH | SULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka. Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa. Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak. Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah. Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ZAINAL ABIDIN I | SULTAN ZAINAL ABIDIN I ( ? -1733), Sultan Terengganu yang pertama (1725-1733). Baginda adalah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenal juga dengan Bendahara Padang Saujana. Baginda adalah pengasas kesultanan Terengganu keturunan Bendahara Johor. Berdasarkan Tahfat al-Nafis, Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua, dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Puisi |
---|
|
Banyak lintah di paya dalam, Ramai orang menangguk udang; Nanti titah adik di dalam, Rasa tak sabar masuk seorang.
Lihat selanjutnya... |
|