Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ASTRONOMI | Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda- benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli- ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas. Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti Apakah rencaman bintang-bintang? dan Bagaimanakah bintang mendapat cahaya. Oleh sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku di angkasa lepas. | UMUM | |
BOSE, SATYENDRA NATH | Bose, Satyendra Nath (18941974) ialah ahli fizik India, yang bersama Albert Einstein, memajukan sistem mekanik kuantum statistik yang kini dikenali sebagai statistik Bose-Einstein. Sistem statistik ini digunakan kepada zarah yang tidak terhad kepada satu kedudukan dalam ruang kuantum yang sama. Zarah ini dinamakan boson, sempena nama Nath Bose. | UMUM | |
BAHASA-BAHASA SABAH | BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris. | BAHASA | Bahasa |
NEURALGIA | Neuralgia ialah rasa sakit teruk yang berlaku di bahagian saraf. Punca kesakitan ini tidak diketahui. Kesakitan mungkin terhad pada satu bahagian saraf sahaja, atau boleh merebak ke cabang saraf yang lain. Ia boleh berlaku dengan rasa sakit seperti dicucuk berulang kali di gigi, sinus, mata, muka, lidah, atau kerongkong. | UMUM | |
STOK DAN SAHAM | Stok dan saham merupakan hak pemilikan di dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat mempunyai satu stok yang dibahagi kepada beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan. Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada perjanjian jangka panjang dalam membuat pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat besar, yang tidak melibatkan hak milik. | UMUM | |
RACINE, JEAN | Racine, Jean (16391699) adalah antara penulis drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan klasikal untuk penggubahan, termasuk penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya yang unggul adalah kesederhanaannya. Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi. | UMUM | |
SYARIKAT BERHAD | Syarikat berhad ialah pertubuhan perniagaan dengan setiap pemegang saham hanya bertanggungjawab terhadap saham yang dipegangnya. Sekiranya syarikat berhutang, orang yang memegang saham hanya akan hilang wang yang dilaburkan untuk membeli saham tersebut. Pihak pemiutang tidak boleh menyaman pelabur tersebut untuk mendapatkan kembali wang yang dihutang oleh syarikat berkenaan. Di Great Britain, dan banyak negara yang lain, perkataan Berhad (Bhd.) atau Limited (Ltd.) dalam bahasa Inggeris atau singkatan plc (public limited company atau syarikat awam berhad) yang digunakan selepas nama sesebuah syarikat menunjukkan bahawa tanggungan pelabur di dalam syarikat tersebut adalah terhad ke atas jumlah wang yang telah dilaburkan. | UMUM | |
KITARAN NITROGEN | Kitaran nitrogen ialah peredaran nitrogen di antara atmosfera, tanah, air, tumbuh-tumbuhan dan haiwan di bumi. Semua benda hidup memerlukan nitrogen, tetapi kebanyakan organisma tidak boleh menggunakan gas nitrogen (N 2 ) yang membentuk kira-kira 78 peratus daripada udara. Ia mesti menggunakan nitrogen yang telah berpadu dengan unsur-unsur lain untuk membentuk sebatian. Walau bagaimanapun, bekalan nitrogen tetap ini adalah terhad. Oleh itu, kaedah yang kompleks untuk mengitar semula nitrogen telah berlaku dalam alam semula jadi. | UMUM | |
PENTADBIRAN ISLAM DI SINGAPURA | PENTADBIRAN Islam DI SINGAPURA, sistem pentadbiran mengenai hal ehwal agama Islam di Singapura. Sebelum kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, sistem pentadbiran agama Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Tahap keberkesanannya juga gak terhad. Pada masa itu, terdapat dua badan utama yang menguruskan pentadbiran tentang hal ehwal agama Islam iaitu Muslim and Hindu Endowments Board (1906) dan Muslim Advisory Board (1915). Walau bagaimanapun, kedua-dua badan ini hanya mampu menggariskan sistem pentadbiran agama secara umum. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
|
|