Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MASA TUA | Masa tua tidak dapat didefinisikan dengan tepat kerana maknanya tidak sama dalam semua masyarakat. | UMUM | |
TANGO | Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa. Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah. Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat. Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal sebagai tango dan sungguh dramatik. | UMUM | |
TIDUR | Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap. Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan otot berehat. Denyutan jantung dan kadar pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan menjadi tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. | UMUM | |
NILAI | Nilai dalam bidang ekonomi, bermaksud kuasa yang ada pada sesuatu barangan untuk membolehkannya ditukar dengan barangan lain. Nilai berkaitan dengan syarat yang dikenakan apabila menukar sesuatu barangan dengan yang lain. Nilai tidak sama dengan harga. Harga suatu barangan ialah kuasa tukaran dalam bentuk wang. Nilai, bererti kuasa tukaran dalam bentuk barangan lain. | UMUM | |
SINTAKSIS | Sintaksis ialah pemerian tentang cara kata disusun untuk membentuk ayat. Sintaksis memerikan tertib subjek dan kata kerja, kedudukan kata bantu dan objek, dan kaitan penerang dengan kata yang diterangkannya. Lihat Ayat. Tertib kata tidak sama dalam semua bahasa. Dalam bahasa Inggeris kita katakan I gave Jim the ball. Dalam bahasa lain, tertibnya mungkin I the ball Jim gave. Apabila kita menyusun kata dalam tertib yang betul, kita boleh menyatakan makna yang kita maksudkan. Ayat I was shown a book in black leather by the clerk mempunyai makna yang berbeza daripada ayat I was shown a book by the clerk in black leather, maknanya telah berubah kerana sintaksisnya berubah. | UMUM | |
STRUKTUR HOMOLOG | Struktur homolog ialah struktur yang mempunyai persamaan yang penting dan terbentuk dengan cara yang sama. Contohnya, kaki sirip anjing laut dan kaki depan anjing mempunyai struktur asas yang sama. Kaki penyu dan sayap burung juga adalah homolog, tetapi kegunaannya berbeza. Organ yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi tidak sama strukturnya dikatakan analog. Sayap burung dan sayap serangga adalah struktur analog. | UMUM | |
BAHASA MELAYU SRI LANKA | BAHASA MELAYU SRI LANKA, bahasa yang dituturkan oleh orang keturunan Melayu di Sri Lanka. Walaupun disebut bahasa Melayu, bahasa ini sebenarnya tidak sama seperti bahasa Melayu baku yang digunakan di Malaysia atau di Indonesia | BAHASA | Konsep |
RANGKAP BEBAS | Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi. Dalam penulisan rangkap bebas, penyair mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan menggunakan tempat berhenti yang ganjil di penghujung setiap rangkap. Mereka juga menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi dan ulangan. | UMUM | |
SASTERA KANAK-KANAK | SASTERA KANAK-KANAK, bentuk sastera Melayu yang dihasilkan bagi bahan bacaan kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga 12 tahun. Penggolongan ini dibahagikan pula kepada kanak-kanak yang tahu membaca, pada peringkat prasekolah (2-6 tahun) dan kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah (6-12 tahun). Kanak-kanak dalam lingkungan usia ini mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza, pencapaian berbahasa yang tidak sama dan keupayaan yang tidak setara. Justeru, kanak-kanak pada peringkat prasekolah amat berminat membaca buku sastera kanak-kanak yang banyak ilustrasi dan kurang teksnya. Sementara kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah pula gemar kepada buku sastera yang bertambah banyak teks dengan ilustrasi yang semakin berkurang. | SASTERA | Konsep |
KEBERKECUALIAN | Keberkecualian ialah pendirian rasmi kerajaan yang tidak menyertai mana-mana peperangan. Negara yang tidak mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dikatakan sebagai berkecuali. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang.
Lihat selanjutnya... |
|