Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NEPTUN | Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap 248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada 23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga 15 Mac 1999. | UMUM | |
ANTRIM, KAUNTI | Antrim, Kaunti ialah salah sebuah daripada enam buah kaunti Ireland Utara. Ia membentuk sudut timur laut pulau Ireland. Antrim tidak lagi menjadi kawasan pentadbiran apabila kerajaan tempatan disusun semula pada tahun 1973. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan masih menganggap Antrim penting dari segi sejarah. Mengikut banci pada tahun 1971, kaunti lama mempunyai 335 716 orang penduduk. Kerajaan tidak lagi membanci penduduk yang tinggal di sempadan kaunti lama. | UMUM | |
EDWARD II | Edward II (12841327) ialah salah seorang daripada raja yang paling tidak berjaya dalam sejarah Inggeris. | UMUM | |
SLESSOR, KENNETH | Slessor, Kenneth (19011971) ialah salah seorang daripada pemuisi moden Australia yang terpenting. Dia terkenal kerana membawa kemodenan ke dalam puisi Australia selepas tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak mengambil peduli tentang subjek tradisi awal Australia yang terdiri daripada pengiring, pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia tidak mengambil berat tentang landskap Australia. Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih moden dan bersifat universal berbanding pemuisi Australia yang lebih awal. | UMUM | |
PROSA | Prosa ialah bahasa pertuturan dan bahasa tulisan harian. Prosa juga ialah salah satu daripada dua bentuk utama penyataan kesusasteraan. Yang satu lagi ialah puisi. Surat khabar dan majalah ditulis dalam bentuk prosa. Begitu juga dengan biografi, esei, sejarah, novel dan sebahagian besar drama. Kebanyakan prosa tidak mempunyai pola irama yang tetap, tidak seperti kebanyakan puisi. Prosa juga tidak mempunyai ritma, yang merupakan ciri kebanyakan puisi. Walau bagaimanapun, penulis prosa sering menggunakan unsur-unsur puisi seperti aliterasi dan perulangan, sesetengah penulis pula menggubah prosa yang sangat berirama. Dalam kebanyakan hal, pembaca tidak dapat membezakan dengan jelas antara prosa dengan puisi. | UMUM | |
SMOLLETT, TOBIAS GEORGE | Smollett, Tobias George (17211771) ialah salah seorang penulis novel awal Inggeris yang hebat. Novelnya yang disampaikan secara tidak teratur menceritakan kisah lucu dan kadangkala lucah yang berlaku dalam kehidupan watak utama. Novelnya dibaca kerana watak ganjil, satira sosial yang getir, dan semangat lucunya yang meluas. | UMUM | |
TAMIL NADU | Tamil Nadu ialah sebuah negeri di tenggara India. Ia merupakan salah sebuah daripada empat negeri Dravidia di India dan mempunyai sejarah kebudayaan yang berterusan selama lebih daripada 2000 tahun. Tamil adalah salah satu bahasa kesusasteraan yang tertua di India. Lihat India , Bahasa. Tamil Nadu mempunyai beberapa seni bina kuil yang paling luar biasa di India, dan juga muzik dan tarian tradisi yang tidak pernah pudar. Penduduk negeri ini dikenali sebagai orang Tamil. Ibu negerinya ialah Madras. | UMUM | |
PTOLEMY | Ptolemy (100 M.165 M.) ialah salah seorang ahli kaji bintang dan kaji bumi yang teragung pada zaman purba. Dia juga dikenali sebagai Claudius Ptolemaeus. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan Ptolemy. Walau bagaimanapun, sarjana mendapati bahawa dia telah membuat kajian bintangnya di Iskandariah, Mesir, kira-kira pada tahun 150. Hasil penemuan dan teori-teori Ptolemy telah ditulis dalam 13 bahagian karya berjudul Mathematike Syntaxis , atau Mathematical Composition . Hasil tulisannya sangat disanjung sehingga dia dikenali sebagai Almagest , iaitu istilah gabungan Arab-Yunani, yang bermaksud yang agung . | UMUM | |
SURAH AL-MUTAFFIFIN | Surah al-Mutaffifin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-83 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 36 ayat. Ia dinamakan al-Mutaffifin (orang-orang yang tidak berlaku adil dalam timbangan dan sukatan) kerana pokok perbincangan surah ini ialah tentang manusia yang tidak berlaku adil dalam perniagaan iaitu daripada segi timbangan dan sukatan. | UMUM | |
DELINKUENSI JUVENIL | Delinkuensi juvenil selalunya dikaitkan dengan perlanggaran undang-undang oleh seseorang juvenil. Perbuatan ini dianggap jenayah jika dilakukan oleh orang dewasa seperti mencuri dan juga perbuatan yang hanya salah di sisi undang-undang bagi kanak-kanak lelaki atau perempuan, seperti membeli minuman keras. Kebanyakan orang menggunakan istilah delinkuensi juvenil bagi semua perbuatan golongan remaja yang bertentangan dengan norma masyarakat, tidak kira sama ada perbuatan itu salah atau tidak di sisi undang-undang. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.
Lihat selanjutnya... |
|