Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SURAH AL-SAFFAT | Surah al-Saffat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-37 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 182 ayat. Surah ini dinamakan al-Saffat (Makhluk-makhluk yang berbaris) yakni para malaikat penduduk langit yang tidak putus-putus beribadat kepada Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.: Mereka bertasbih (kepada Allah) malam dan siang tanpa henti-henti. (Surah al-Saffat 37:20) | UMUM | |
PUTUS UBAT | PUTUS UBAT, satu upacara yang diadakan sempena selesainya rawatan dan pengubatan yang diterima oleh seseorang bekas pesakit daripada bomoh. Upacara ini diadakan untuk mengelakkan bomoh dan juga pesakit daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak diingini. Dipercayai bomoh yang bertanggungjawab memulihkan pesakit akan ditimpa penyakit yang sama jika upacara ini tidak diadakan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
OTIS, ELISHA GRAVES | Otis, Elisha Graves (18111861) ialah pereka Amerika yang membina lif pertama yang mempunyai alat keselamatan automatik. Alat ini mencegah lif daripada jatuh jika tali yang memegang lif putus. Otis membuat demonstrasi lifnya pada tahun 1854 di New York City dengan memotong tali yang memegang lif selepas dia menaiki lif. Tetapi rekaannya tidak digunakan dengan meluas sehingga kemunculan bangunan pencakar langit pada tahun 1870-an. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Rebus ubi tanam di kampung, Sawah ladang tidak berpadi; Putus tali boleh disambung, Patah arang kerat sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 617 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|