Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika. Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan ini sebagai haiwan berpakaian manusia dan memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna. Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga, dan peladang yang menentang perpisahan (pengunduran) daripada kesatuan sebelum peperangan. Orang Scalawag yang lain, kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat orang scalawag yang mendapat keuntungan peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup. Orang Scalawag membantu membangunkan semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan undang-undang yang membolehkan golongan kulit hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa semula di Selatan. |