Menelaah pelajaran ialah usaha untuk mempelajari sebarang mata pelajaran. Menelaah ialah bahagian penting dalam pembelajaran kerana sebahagian besar pencapaian di sekolah, sebahagian besarnya bergantung kepada beberapa banyak yang telah ditelaah. Seseorang tidak boleh mengharapkan mempelajari semua yang perlu diketahui tentang sesuatu mata pelajaran daripada guru di dalam bilik darjah. Menelaah di luar bilik darjah juga perlu dibuat. Gabungan pembelajaran di bilik darjah dan menelaah pelajaran di luar bilik darjah dapat menentukan sejauh mana pencapaian seseorang di sekolah. Menelaah menjadi semakin penting apabila seseorang meneruskan pelajaran dari sekolah rendah ke sekolah menengah, dan seterusnya ke kolej. |