Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PROTOPLASMA | Protoplasma ialah istilah yang bermakna bahan hidup dalam sel. Istilah ini tidak banyak digunakan oleh ahli biologi moden kerana sifatnya yang tidak spesifik. Johannes Purkinje, ahli fisiologi Czechoslovakia, pertama kali menggunakannya pada tahun 1839. Pada masa itu, ahli sains tahu bahawa semua benda hidup terdiri daripada sel yang kelihatan mengandungi bahan bak jeli. Purkinje menamakan bahan ini protoplasma daripada perkataan Yunani yang bermakna mula- mula terbentuk atau teracu untuk menunjukkan bahawa bahan ini adalah bahan paling asas pada hidupan. | UMUM | |
SENI BINA PASCA MODEN | Gerakan senibina Pasca Moden yang telah dikenal pasti bermula pada akhir tahun 1900-an. Pada mulanya ia hanyalah teori akademik dari perkembangan pemikiran intelektual dan tidak ada stail yang dominan. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
SLESSOR, KENNETH | Slessor, Kenneth (19011971) ialah salah seorang daripada pemuisi moden Australia yang terpenting. Dia terkenal kerana membawa kemodenan ke dalam puisi Australia selepas tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak mengambil peduli tentang subjek tradisi awal Australia yang terdiri daripada pengiring, pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia tidak mengambil berat tentang landskap Australia. Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih moden dan bersifat universal berbanding pemuisi Australia yang lebih awal. | UMUM | |
SEMIKONDUKTOR | Semikonduktor ialah bahan yang mengalirkan elektrik lebih baik daripada penebat seperti kaca, akan tetapi tidak sebaik konduktor elektrik seperti tembaga. Bahan seumpama itu menghasilkan komputer yang moden dan peranti elektronik lain yang penting. Transistor yang digunakan dalam radio saku yang kecil ialah peranti semikonduktor. Begitu juga sel suria yang membekalkan kuasa elektrik pada satelit tiruan. Silikon ialah bahan semikonduktor yang paling meluas digunakan. Bahan semikonduktor lain termasuk kuprus oksida, germanium, galium arsenida, galium fosfida, indium arsenida, plumbum sulfida, selenium, dan silikon karbida. | UMUM | |
DEGAS, EDGAR | Degas, Edgar (18341917) ialah pelukis impresionis Perancis. Seperti pelukis impresionis yang lain, dia mahu menggambarkan keadaan kehidupan moden. Walau bagaimanapun, dia tidak berkongsi kecenderungan dengan rakan impresionisnya dalam hal warna dan cahaya. | UMUM | |
SESSIONS, ROGER | Sessions, Roger (18961985) ialah penggubah dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat, serius dan intelektual. Sessions menulis dalam teknik 12 nada moden, tetapi dia percaya bahawa seseorang penggubah tidak harus terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja. Sessions mengarang muzik untuk orkestra, kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera. Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra The Black Maskers (1923). Sessions pernah memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for Orchestra (1981). | UMUM | |
AGASSIZ, LOUIS | Agassiz, Louis (18071873) ialah pengkaji alam kelahiran Switzerland yang mengkaji berjenis-jenis haiwan di Eropah dan Amerika. Dia menjadi terkenal kerana karyanya tentang bentuk ikan moden dan bentuk fosil. Dia percaya bahawa spesies haiwan tidak berubah, dan mengkritik teori evolusi Darwin. Jean Louis Rodolphe Agassiz lahir di Motieren- Vuly, Switzerland. Louis, Agassiz belajar di Zurich, Heidelberg, dan Munich. Agassiz pindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1846 dan menjadi profesor zoologi dan geologi di Harvard University pada tahun 1848 (lihat Geologi). | UMUM | |
SPIRITUALISME | Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh orang yang telah mati boleh berhubung dengan orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia. Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester, New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya mereka dapat berhubung dengan roh yang dipercayai cuba menghantar isyarat kepada mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu membawa kepada penubuhan beberapa pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme. | UMUM | |
MERTON, ROBERT KING | Merton, Robert King (19102003), ahli sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan kuantitatif (statistik). Dalam bukunya Science, Technology and Society in Seventeenth Century England (1938), Merton membincangkan sumbangan kekuatan budaya, ekonomi dan sosial kepada perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan bahawa ramai reformis Protestan, termasuk golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung telah menolong sains moden dengan menggalakkan orang membuat kajian terhadap alam tabii. | UMUM | |
RACHMANINOFF, SERGEI VASSILIEVICH | Rachmaninoff, Sergei Vassilievich (1873 1943) ialah penggubah dan pengarah muzik Rusia dan salah seorang pemain piano yang teragung dalam sejarah muzik. Gubahan Rachmaninoff secara amnya membawa gaya romantik penggubah Rusia, Peter Illich Tchaikovsky pada awal tahun 1900-an. Malahan karya-karyanya yang terakhir pada tahun 1930-an masih tidak dipengaruhi oleh aliran moden. Muziknya dipengaruhi oleh canta dan alat muzik loceng Gereja Ortodoks Rusia. Pengaruh ini lahir melalui muzik Rachmaninoff yang bermelodi ringkas dengan bunyi papan nada yang penuh. Dia mengadun ciri-ciri asli Rusia ini dengan ekspresinya sendiri yang ghairah dan amat mendalam. | UMUM | |
|
|