Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANTIGRAVITI | Antigraviti ialah daya penolakan yang hipotetikal. Antigraviti diperikan dalam sesetengah cerita fiksyen sains tetapi tidak diperhati oleh ahli sains. Pada teorinya, antigraviti menyerupai graviti kecuali ia menyebabkan objek menolak, bukan menarik satu sama lain. Contohnya, graviti di bumi menarik objek ke arah pusat planet. Tetapi antigraviti, jika wujud, akan menolak objek dari pusat bumi. Ini bermakna objek tidak jatuh ke bumi, tetapi jatuh ke atas. | UMUM | |
OXFORDSHIRE | Oxfordshire ialah sebuah kaunti pertanian di selatan tengah England dengan pemandangan alam yang tidak tercemar, kampung-kampung yang cantik, dan rumah-rumah bersejarah yang menarik ramai pelancong. Ia terkenal kerana Oxford, iaitu pusat pentadbirannya, mempunyai salah sebuah universiti yang tertua dan terhebat di dunia. Sungai Thames mengalir ke arah timur melalui kaunti ini. Untuk lokasi Oxfordshire, lihat England (peta politik) | UMUM | |
ACARA TERJUN | Acara terjun ialah sukan air yang menarik. Seseorang penerjun melompat dari papan anjal atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air. Tidak seperti renang, acara terjun menekankan teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan. Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan dan keindahan dengan keberanian semasa berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya melakukan terjun ke dalam air dengan deburan yang minimum. | UMUM | |
SIKLAMEN | Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan yang menarik yang tumbuh liar di kawasan Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam dalam pasu. Ia tumbuh daripada ubi (batang bawah tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk kacang dan mempunyai petiol (tangkai daun) yang panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga 6.5 sentimeter. | UMUM | |
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN | Reka bentuk perindustrian ialah proses merancang serta mengembangkan keluaran dan sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus. Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos, bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran. | UMUM | |
KES CHAMBERLAIN | Kes Chamberlain yang melibatkan kehilangan seorang bayi perempuan Australia berumur sembilan minggu pada tahun 1980-an, telah menarik perhatian seluruh dunia. Pada 17 Ogos 1980, Azaria Chamberlain, anak perempuan Alice Lynne (Lindy) Chamberlain dan suaminya, Michael, seorang Pastor Gereja The Seventh Day Adventist, telah hilang dari sebuah khemah di Ayers Rock, Australia. Dalam satu inkues pada bulan Februari 1981, koroner memutuskan bahawa bayi itu, yang tidak pernah dijumpai, telah mati apabila diterkam dan dibawa lari oleh seekor dingo liar. | UMUM | |
KELULI TAHAN KARAT | Keluli tahan karat ialah nama kumpulan keluli aloi yang tahan terhadap pengaratan dan bentuk kakisan lain. Sebagai kumpulan, keluli tahan karat kelihatan menarik dan mudah disenggara. Keluli jenis ini menunjukkan keutuhan dan kemuluran yang luar biasa dan unik dari segi ketahanan umum terhadap cuaca serta kebanyakan jenis bahan pengakis lain. Kebanyakan keluli tahan karat yang digunakan di kediaman digilap dengan baik dan kelihatan bersinar bak perak tetapi keemasan ini tidak diperlukan untuk menghalang kakisan. Keluli dengan lapisan tahan karat pula biasanya ialah keluli biasa yang disadur dengan selapisan keluli tahan karat pada satu bahagian atau kedua-dua bahagian permukaannya. | UMUM | |
NAGA TERBANG | Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20 sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan sayap pada sisi badannya. Pada musim mengawan, serangga jantan mengembangkan sayap yang berwarna terang untuk menarik perhatian serangga betina. | UMUM | |
SAND, GEORGE | Sand, George (18041876) ialah nama pena Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya dikagumi oleh para penulis agung zamannya. Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana cara hidupnya serta percintaannya yang mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita muncul pada pertengahan tahun 1900- an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan penulis autobiografi. | UMUM | |
MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |
|
|