Arcadia, salah satu bahagian di Greece pada masa kini adalah kawasan yang penting pada zaman purba. Lebih kurang 108 000 orang tinggal di kawasan yang terdiri daripada gunung dan lembah subur di Peloponnesus (semenanjung selatan Greece). Arcadia adalah satu-satunya bahagian Peloponnesus yang tidak diserang oleh orang Dorian pada tahun 1100-an S.M. Orang Arcadia mengekalkan sebahagian besar bahasa Yunani pra-Dorian. Pada tahun 500-an S.M. Arcadia menyertai Liga Peloponnesus, perikatan tentera yang terdiri daripada bandar-bandar di Peloponnesus yang diketuai oleh Sparta. Bandar- bandar Arcadia tetap setia kepada Sparta sehingga tahun 369 S.M., apabila ia menubuhkan liga pertahanannya sendiri. Tidak lama kemudian Liga Arcadia berpecah, tetapi Liga Macedonia dan kemudiannya Liga Achaean dan Aetolian melindungi Arcadia. |