Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DIMENSI KEEMPAT | Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang, lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4, 2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang. Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang sedang dalam penerbangan pada kedudukan tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi keempat, iaitu masa. | UMUM | |
PULAU MARIA | Pulau Maria ialah pulau kecil (tidak lebih 19 kilometer panjang dan 13 kilometer lebar) di pantai timur Tasmania, sebuah negeri pulau di Australia. Penjelajah Belanda, Abel Tasman melawat pulau itu pada tahun 1642. Pulau tersebut dihuni oleh Orang Asli Tasmania sehingga kira-kira pada tahun 1820. | UMUM | |
KODOK | Kodok ialah haiwan kecil, tidak berekor yang hampir menyerupai katak. Kodok dan katak kedua-duanya tergolong dalam kelas haiwan yang dinamakan amfibia dan hidup sebahagiannya dalam air dan sebahagian lagi di darat. Tetapi kodok mempunyai badan yang lebih lebar, kulit yang lebih kering dan kaki belakang yang lebih pendek, kurang kuat daripada kebanyakan katak. | UMUM | |
AILANTUS | Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang licin dan mengeluarkan buah berwarna perang kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan pokok berdaun jejarum (gambar)). | UMUM | |
MINK | Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5 kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65 sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama diperlukan oleh industri bulu, yang menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole, dan pakaian lain. | UMUM | |
ATAKSIA | Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot. Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan. Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia memejamkan matanya. | UMUM | |
TASIK BALKHASH | Tasik Balkhash ialah sebuah tasik yang besar, terletak di bahagian tenggara Kazakhstan. Tasik tersebut terletak 342 meter di atas aras laut dan luasnya 17 275 kilometer persegi. Lebar tasik Balkhash hanya 10 kilometer di bahagian timur dan 87 kilometer di hujung bahagian barat. Air di bahagian barat Tasik Balkhash tawar kerana dimasuki Sungai Ili, tetapi terdapat air masin di hujung bahagian timur. Beberapa buah sungai mengalir ke dalam Tasik Balkhash, namun begitu tasik tersebut tidak mempunyai laluan keluar. Ais meliputi tasik tersebut dari bulan November hingga bulan April. Untuk lokasi Tasik Balkhash, lihat Kazakhstan (peta). | UMUM | |
PLATIPUS | Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri. Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik kerana mempunyai muncung yang lebar, leper, dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik. | UMUM | |
PERGUNUNGAN SAINT ELIAS | Pergunungan Saint Elias ialah satu siri tanah yang berceranggah di pergunungan berpantai tertinggi di dunia. Pergunungan ini memanjang di sempadan Alaska, tenggara Amerika Syarikat, dan Wilayah Yukon, Kanada. Banjaran ini hampir 480 kilometer panjang. Lebar maksimumnya 160 kilometer, tidak termasuk dataran pantai dan jaluran kaki bukit. | UMUM | |
BIDUK | BIDUK, sejenis perahu yang tidak besar, biasanya berukuran 4.2 m panjang, 0.75m lebar dan 0.38 m tinggi. Biduk dapat membawa antara dua hingga tiga orang penumpang sahaja. Biduk dikenal dengan pelbagai nama mengikut bentuk, ukuran dan tempat. Di Johor, Singapura dan Kepulauan Riau, biduk dikenal sebagai sampan dan sampan riau. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, biduk dikenal sebagai mat rian dan perahu etok. Ada juga tempat yang memanggilnya sebagai belongkang, beranta, jampul, lopek, laca, ketiap, ludang atau seludang. Biduk digunakan oleh nelayan pantai di sungai atau laut. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |
|
|