Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABERCONWY DAN COLWYN | Aberconwy and Colwyn ialah daerah kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1996 di pantai utara Wales. Tidak lama selepas penubuhannya, Aberconwy and Colwyn dinamakan semula Conwy Country Borough Council. Lembah Sungai Conway mengalir melalui daerah ini hingga ke bandar bersejarah Conwy. | UMUM | |
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ | Muhammad bin Tughluq (12901351) merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti itu memerintah hampir keseluruhan subbenua India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda membesar menjadi orang yang beradab, toleran dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam. | UMUM | |
SIGURD | Sigurd ialah nama Scandinavia bagi wira legenda Jerman yang bernama Siegfried. Cerita mengenainya mungkin bermula pada tahun 400-an S.M. dan tiba di Scandinavia tidak lama kemudian. Kisahnya diabadikan dalam bentuk puisi dalam Elder Edda, koleksi puisi yang digubah di Iceland pada tahun 1000-an dan 1100-an. Prosa Saga of the Volsungs, yang ditulis di Iceland pada tahun 1100-an dan 1200-an, menceritakan kisah penuhnya. Lihat juga Edda; Nibelungenlied; Siegfried. | UMUM | |
MUSIM LURUH | Musim luruh ialah musim di antara musim panas dengan musim sejuk. Hemisfera Utara yang meliputi separuh bahagian utara bumi mempunyai cuaca musim luruh dari akhir bulan September, Oktober dan November. Cuaca musim luruh tidak lama di kawasan kutub, tempat yang cuaca musim sejuknya benar-benar sejuk bermula lebih awal. Di kawasan tropika, terdapat sedikit kelainan musim atau tiada kelainan musim. Hemisfera Selatan mempunyai musim luruh dari bulan Mac hingga awal Jun. Untuk tarikh hari pertama musim luruh, dan untuk maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari semasa musim luruh, lihat Musim. | UMUM | |
ATAHUALPA | Atahualpa (1500?1533), yang juga digelar Atabalipa, ialah raja terakhir bagi Empayar Inca di Peru. Dalam tahun 1532, tidak lama selepas Atahualpa menaiki takhta, Francisco Pizarro serta para pengikutnya telah mendarat di Peru (lihat Pizarro, Francisco ). Atahualpa enggan mengakui Raja Charles I Sepanyol sebagai yang dipertuannya ataupun menerima agama Kristian. Para pengikut Pizarro kemudiannya telah membunuh lebih daripada 4000 orang bangsawan Inca yang tidak bersenjata, dan Atahualpa dipenjarakan. Walaupun baginda banyak mempunyai emas dan perak sebagai tebusan, tetapi Atahualpa tidak dibebaskan. Baginda dihukum bunuh pada tahun 1533. Lihat juga Inca (Sejarah). | UMUM | |
NEY, MICHEL | Ney, Michel (17691815), salah seorang askar terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat dengan cemerlang dalam kempen pada tahun 1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu menjadikannya askar yang paling dikenali. Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di Elchingen pada tahun 1805. | UMUM | |
ORANG GASAR | Orang gasar atau Barbarian, ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan orang yang tidak bertamadun atau tidak berpendidikan. Ia berasal daripada perkataan Yunani barbaros , yang pada mulanya hanya bermaksud orang yang bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh orang Yunani purba. Tetapi tidak lama kemudian perkataan ini juga membawa maksud bukan- Yunani atau orang asing. | UMUM | |
NETEL | Netel ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan yang mempunyai bulu kejur berbisa. Netel ialah herba kasar yang tumbuh di kawasan sederhana. Ia mempunyai daun yang tumbuh bertentangan satu sama lain pada batang, dan bunga kecil yang bergugus. Bulu kejur netel mengandungi jus berair yang menyebabkan gatal keterlaluan jika ia memasuki kulit manusia. Tetapi gatal ini tidak lama. Pucuk netel boleh dimasak seperti bayam. Ia adalah sumber vitamin dan protein yang baik. Netel digunakan untuk tujuan perubatan sejak zaman dahulu. Netel berbisa di Eropah dan Amerika Syarikat ditanam kerana seratnya, yang daripadanya boleh dibuat kain kasar yang kuat, kasar. Pengelasan saintifik. Netel tergolong dalam famili netel, Urticaceae. Ia membentuk genus Urtica . Netel berbisa ialah U. dioica. | UMUM | |
RAZI, ABU BAKAR MUHAMMAD AL- | Razi, Abu Bakar Muhammad al- (250320 H./ 864924 M.), pakar bidang perubatan yang menghasilkan pelbagai karya dan risalah mengenai perubatan. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Zakariyya Abu Bakar al-Raziy. Dia lahir di bandar al- Rayy yang terletak di selatan Tehran. Dia mempelajari bidang perubatan selama 30 tahun sehingga dilantik menjadi Pengarah Hospital Besar Bimaristan di al-Rayy. Tidak lama selepas itu, dia berpindah ke Baghdad. | UMUM | |
SAMARA | Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga (lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang besar dan ladang gandum yang subur terletak berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga. Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang, makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991, tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara merdeka. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Sudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung.
Lihat selanjutnya... |
|