Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DIALEK MELAYU AMBON | DIALEK MELAYU AMBON, bahasa pertama dan bahasa utama di Pulau Ambon dan Sertam serta pulau-pulau lain di sekitarnya. Jumlah penuturnya tidak kurang daripada 200 ribu orang. Selain jumlah penutur ini, terutamanya di Maluku Tengah, sekurang-kurangnya 300 ribu orang lain menggunakan dialek Ambon sebagai bahasa perhubungan sehari-hari. Bahkan, mungkin di Maluku Tengah itu terdapat lebih ramai orang yang gemar berdialek Melayu Ambon daripada yang gemar berbahasa Indonesia | BAHASA | Bahasa |
NEGARA MEMBANGUN | Negara membangun ialah negara miskin dan negara yang tidak berada. Negara seperti ini pernah dikenali sebagai negara tidak membangun, tetapi kini ramai ahli ekonomi lebih gemar menggunakan istilah negara membangun dan negara kurang membangun . Lazimnya negara sedang membangun mengalami kekurangan bahan makanan, kurang sumber tenaga, dan kadar Keluaran Negara Kasar (KNK) yang rendah. KNK ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu negara dalam satu tahun. Ahli ekonomi biasanya mengelaskan negara mengikut asas per kapita (untuk seorang individu) KNK, iaitu KNK dibahagikan dengan jumlah penduduk. | UMUM | |
SELAT MENAI | Selat Menai ialah selat yang sempit di antara pulau Anglesey di Laut Ireland dengan tanah besar Wales Utara. Selat ini lebih kurang 25 kilometer panjang dan terbentang dari Beaumaris di timur laut ke Abermenai Point di barat daya. Lebarnya tidak sekata dari lebih kurang lima kilometer hingga sekecil 180 meter. Bangor ialah bandar yang terbesar di selat ini. Jambatan gantung Selat Menai yang dibina oleh Thomas Telford terletak berhampiran. | UMUM | |
NEMESIS | Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah lambang kepada semangat membalas dendam. Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini, perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat kepada pembalasan. | UMUM | |
SAKARIN | Sakarin ialah pemanis sintetik. Ia dibuat daripada toluena dan petroleum. Sakarin lebih kurang 300 kali semanis gula meja tetapi tidak mempunyai karbohidrat dan tiada nilai makanan. Sakarin juga mempunyai rasa pahit. | UMUM | |
SOPHOCLES | Sophocles (lebih kurang tahun 496tahun 406 S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi penulis tragedi ialah Aeschylus yang paling awal daripada mereka bertiga dan Euripides. Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari drama sebabak. | UMUM | |
SITRIN | Sitrin ialah bahan kimia yang tergolong dalam kumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai flavonoid. Ahli sains tidak tahu dengan tepat apakah sitrin atau sama ada ia perlu atau tidak kepada kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, mereka mendapati bahawa bahan flavonoid membantu mengawal perdarahan daripada kapilari (pembuluh darah yang halus kecil) dalam badan. Sitrin, juga dikenali sebagai vitamin P, menjejaskan dinding kapilari, menjadikannya kurang mungkin mengalami hemoraj. Sitrin yang digunakan dalam perubatan biasanya disediakan dengan mengekstraknya daripada paprika dan kulit lemon. | UMUM | |
AUDIOLOGI | Audiologi ialah profesion yang tertumpu pada pengesanan dan rawatan masalah pendengaran. Ahli audiologi menentukan sama ada seseorang mempunyai masalah kurang pendengaran atau tidak. Mereka juga mengukur kesan kehilangan pendengaran separa atau keseluruhan berdasarkan kebolehan pesakit berkomunikasi. | UMUM | |
KELLER, HELEN ADAMS | Keller, Helen Adams (18801968) ialah penulis Amerika dan aktivis bagi golongan kurang upaya. Dia menjadi contoh terbaik bagi seseorang yang berjaya dalam usaha mengatasi kecacatan fizikal. Dia lahir di Tuscumbia, Alabama. Semasa berumur dua tahun, sejenis penyakit yang serius telah merosakkan penglihatan dan pendengarannya. Oleh itu, dia tidak boleh bercakap dan terus terasing dari dunia luar. Namun begitu, dia bangkit daripada kekurangan itu hingga menjadi terkenal pada peringkat antarabangsa dalam usahanya membantu golongan kurang upaya menikmati hidup yang lebih bermakna. | UMUM | |
TENREK | Tenrek ialah nama bagi lebih kurang 30 spesies mamalia kecil yang hidup terutamanya di Madagascar . Terdapat dua jenis utama, tenrek tikus kesturi dan tenrek landak . Spesies ini amat berbeza dari segi rupa dan habitatnya. Tenrek tikus kesturi mempunyai ekor yang panjang dan berbulu lembut. Tenrek landak mempunyai ekor yang pendek atau tidak berekor langsung, dan berduri keras bak jarum di belakangnya. Sesetengah tenrek hidup di atas pokok, sesetengahnya hidup di bawah tanah dan yang lain hidup di dalam air. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Apa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang.
Lihat selanjutnya... |
|