Astigmatisme ialah suatu kecacatan visual. Kecacatan ini menyebabkan benda yang dekat serta benda yang jauh kelihatan kabur. Kecacatan ini biasanya terdapat pada kedua-dua belah mata. Dalam kebanyakan hal, astigmatisme disebabkan lengkungan kornea , iaitu bahagian lut sinar mata, yang tidak normal. |