Spode China ialah sejenis porselin buatan Inggeris yang popular. Ia mula dikeluarkan buat pertama kalinya dalam sebuah kilang yang ditubuhkan pada tahun 1770 oleh Josiah Spode (17331797) yang terletak berdekatan dengan Stoke-on-Trent di Staffordshire. Spode juga diberi penghargaan sebagai orang yang mencipta bone china. Menjelang tahun 1796, dia mengeluarkan sejenis porselin yang sesuai untuk membuat pinggan mangkuk yang dapat digunakan dalam majlis makan malam yang dinamakan English china, yang dianggap sebagai bone china yang pertama yang pernah dibuat. Anak lelaki Spode, Josiah (17541827), telah mencapai kejayaan dalam pemasaran bone china menjelang lebih kurang pada tahun 1799. Bagi mencipta bone china, abu tulang dicampurkan dengan suatu pes yang keras. Tanah liat yang sememangnya sudah menjadi bahan-bahan tradisi yang digunakan dalam pembuatan porselin. Bone china mempunyai rupa yang lut cahaya, berwarna putih susu bak gading dan tidak mudah terserpih. |