Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TENDON ACHILLES | Tendon Achilles ialah tendon di belakang pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket. Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon. | UMUM | |
DEPOSISI | Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu hadir di mahkamah. | UMUM | |
TERSEDU | Tersedu ialah pengambilan udara secara mendadak dan tidak dapat dikawal yang disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut dan mengendur untuk membawa udara masuk ke dalam paru-paru dan mengeluarkannya. | UMUM | |
MAKANAN | Makanan adalah satu daripada keperluan kita yang paling asas. Kita tidak dapat hidup tanpa makanan. Makanan memberikan kita tenaga untuk segala-gala yang kita lakukan berjalan, bercakap, bekerja, bermain, membaca, berfikir dan bernafas. Makanan juga membekalkan tenaga yang diperlukan oleh saraf, otot, jantung dan kelenjar untuk berfungsi. Di samping itu, makanan membekalkan bahan berkhasiat yang diperlukan oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dan untuk mengawal organ dan sistem badan. | UMUM | |
KEBANKRAPAN | Kebankrapan ialah proses undang-undang yang dikenakan ke atas seseorang yang tidak dapat membayar hutang. Aset penghutang, atau bankrap, diagihkan antara pemberi kredit berdasarkan jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang. | UMUM | |
MASA TUA | Masa tua tidak dapat didefinisikan dengan tepat kerana maknanya tidak sama dalam semua masyarakat. | UMUM | |
PARAMESIUM | Paramesium ialah organisma kecil bersel satu yang hampir tidak dapat dilihat tanpa mikroskop. Jenis organisma ini dinamakan protozoa. Paramesium hidup di kolam dan anak sungai yang mengalir perlahan. | UMUM | |
KHOISAN | Khoisan ialah nama yang diberikan kepada kumpulan manusia yang tidak dapat dikenal pasti yang tinggal di selatan Afrika. Istilah itu merujuk kepada dua kumpulan, iaitu San dan Khoikhoin. | UMUM | |
LEUKEMIA | Leukemia ialah sejenis barah yang disebabkan oleh sel darah putih tak normal yang membiak dengan cara yang tidak dapat dikawal. Sel tak normal ini mengganggu penghasilan sel darah putih normal yang melawan jangkitan penyakit. | UMUM | |
SENEFELDER, ALOIS | Senefelder, Alois (17711834), mencipta proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Tidak dapat dikenang-kenang, Kalau dikenang mabuk kepayang; Jangan disangka airnya tenang, Tempat di situ buaya berenang.
Lihat selanjutnya... |
|