Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PLANKTON | Plankton ialah longgokan organisma halus yang terampai pada atau berhampiran permukaan lautan, tasik, dan kawasan berair lain. Perkataan plankton berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud pengembaraan . Sebahagian organisma plankton boleh berenang, tetapi tidak cukup kuat untuk mengelak daripada dibawa arus. | UMUM | |
TANAH JERLUS | Longgokan pasir di permukaan bumi yang tidak mempunyai cukup kekuatan untuk menanggung beban di atasnya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ANGINA PEKTORIS | Angina pektoris ialah sakit dada yang berlaku jika jantung tidak menerima cukup oksigen. | UMUM | |
SKURVI | Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet. Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C, sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah. Anemia juga boleh berlaku. | UMUM | |
ANOKSIA | Anoksia ialah kekurangan bekalan normal oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia . Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang mengalir menerusi paru-paru tidak membawa cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian 3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah kematian. | UMUM | |
MALNUTRISI | Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang disebabkan oleh makanan yang tidak berzat, makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak dapat menyerap atau menggunakan zat makanan. Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat terlalu banyak makanan, tidak memperoleh makanan yang cukup atau mendapat makanan yang tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila, disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh menggunakan zat makanan walaupun zat makanan itu terdapat dalam sesuatu makanan. | UMUM | |
ANTISEPTIK | Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau memberhentikan pertumbuhan kuman pada tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan membran mukus untuk membantu menghalang jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik adalah dadah yang merawat infeksi yang telah berlaku. | UMUM | |
MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |
TIDUR | Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap. Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan otot berehat. Denyutan jantung dan kadar pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan menjadi tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. | UMUM | |
NARKOLEPSI | Narkolepsi adalah sejenis penyakit yang menyebabkan penghidapnya tidur berlebihan. Orang yang menghidap narkolepsi mudah tidur beberapa kali di siang hari, walaupun mereka cukup tidur pada waktu malam. Penyakit ini tidak diketahui sebabnya. Tetapi bukti menunjukkan ia berpunca daripada keturunan. Doktor boleh melegakan masalah ini dengan memberi ubat, tetapi penyakit narkolepsi tidak dapat disembuhkan. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Sirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik.
Lihat selanjutnya... |
|