Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ORANG GASAR | Orang gasar atau Barbarian, ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan orang yang tidak bertamadun atau tidak berpendidikan. Ia berasal daripada perkataan Yunani barbaros , yang pada mulanya hanya bermaksud orang yang bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh orang Yunani purba. Tetapi tidak lama kemudian perkataan ini juga membawa maksud bukan- Yunani atau orang asing. | UMUM | |
CHAIRUL HARUN | CHAIRUL HARUN (1940- ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada bulan Ogos 1940 di Kayutanam, Sumatera Barat, Indonesia. Chairul berpendidikan Sekolah Dasar Kayutanam, Sekolah Menengah Pertama Solok, Sekolah Pelayanan Sosial Atas (1960), Solo dan akhirnya menuntut di Jurusan Publisistik Universitas Ibnu Khaldun, Jakarta tetapi tidak tamat. Dia pernah menjadi pegawai di Jabatan Transmigrasi di Palu, Sulawesi Tengah (1961-1963), wartawan harian Aman Makmur, Pekan Baru (1963-1965), wartawan Angkatan Bersenjata, Padang (1967-1968), ketua pengarang akhbar harian Haluan, Padang (1969-1970), pemberita majalah Tempo (1971-1979), dan sejak tahun 1960 menjadi pensyarah sambilan di Akademi Karawitan Indonesia di Padangpanjang, Sumatera Barat. | SASTERA | Tokoh |
DIALEK MELAYU BUKIT | DIALEK MELAYU BUKIT, dialek yang digunakan oleh 8000 orang Bukit daripada jumlah hampir dua juta orang di Propinsi Kalimantan Selatan yang berdialek Melayu sebagai bahasa ibundanya. Suku yang kecil itu tinggal di lembah dan lereng pergunungan Meratus di bahagian tenggara propinsi itu. Rata-rata orang Bukit kurang berpendidikan dan masih mengamalkan animisme dan mereka menuturkan Melayu sebagai bahasa pertama mereka. Dialek Bukit tidak banyak perbezaannya berlainan dialek Melayu Banjar yang dituturkan penduduk berhampiran dengan kampung mereka. Dikatakan bahawa dengan mudah pedagang Banjar yang berjualan di pekan-pekan daerah Bukit dapat bercakap dalam varian orang Bukit. | BAHASA | Bahasa |
|
|