Swiss chard ialah sayur laman. Daunnya dimakan sebagai sayur. Swiss chard berkaitan dengan tumbuhan bit biasa. Ia menyerupai bit, tetapi akarnya tidak besar berisi. Swiss chard mempunyai akar kecil berkayu yang tidak boleh dimakan. Sayur ini mempunyai batang daun yang berisi, daun yang besar, dan berwarna hijau tua. Sesetengah jenis mempunyai daun berwarna kuning pucat dan yang lain mempunyai daun dan batang-daun berwarna merah terang. |