Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KELENJAR PINEAL | Kelenjar pineal juga dikenali sebagai jasad pineal, ialah organ kecil di dalam otak manusia dan kebanyakan vertebrat (haiwan bertulang belakang) lain. Ahli sains tidak begitu pasti tentang fungsi kelenjar pineal kepada manusia. Mereka percaya kelenjar ini memainkan peranan dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting termasuk proses pembiakan. Dalam kebanyakan vertebrat lain, kelenjar ini membantu mengawal atur kitaran harian dan bulanan tertentu tubuh. | UMUM | |
BELADAU | BELADAU, sejenis senjata untuk menikam. Bentuk beladau berkelok, tetapi tidak begitu melengkung. | BUDAYA | Konsep |
ORRISROOT | Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia digunakan untuk memberikan bau wangi violet kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik. Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal daripada tiga spesies Iris florentina, Iris germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi minyak yang berbau seperti violet dan digunakan dalam minyak wangi. Lihat juga Iris. | UMUM | |
KELONG | Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia terdiri daripada barisan pancang yang dibina menghadap arus laut dalam bentuk menirus seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang atau ombak besar yang memungkinkan pancang patah atau tercabut. | UMUM | |
BAHASA MELAYU POLINESIA | BAHASA MELAYU POLINESIA, salah satu keluarga bahasa yang terbesar di dunia, dari segi jumlah dan juga wilayah sebarannya. Nama lain yang kini luas digunakan untuk keluarga bahasa ini ialah Austronesia (Pulau-pulau Selatan tetapi istilah ini pun tidak begitu tepat, kerana sebahagian bahasa itu dekat dengan Khatulistiwa (di utara), manakala sebahagian yang lain di benua Asia Tenggara). | BAHASA | Konsep |
TAFT, WILLIAM HOWARD | Taft, William Howard (18571930) ialah presiden Amerika Syarikat dari tahun 1909 hingga tahun 1913. Dia adalah satu-satunya presiden yang berkhidmat sebagai presiden dan kemudiannya sebagai Hakim Besar dalam sejarah Amerika Syarikat. Taft sebenarnya tidak berminat menjadi presiden. Dia hanya ingin menjadi seorang hakim dan tidak begitu berminat dalam bidang politik. Yang penting baginya ialah menjadi hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat. | UMUM | |
ANGIN | Angin ialah udara yang bergerak merentas permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu kuat dan kencang sehingga merobohkan bangunan dan menumbangkan pokok besar. | UMUM | |
ANAXAGORAS | Anaxagoras (500?428 S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa semua benda terdiri daripada begitu banyak biji benih pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya kombinasi semula ini, gerakan diperlukan. | UMUM | |
SESSIONS, ROGER | Sessions, Roger (18961985) ialah penggubah dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat, serius dan intelektual. Sessions menulis dalam teknik 12 nada moden, tetapi dia percaya bahawa seseorang penggubah tidak harus terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja. Sessions mengarang muzik untuk orkestra, kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera. Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra The Black Maskers (1923). Sessions pernah memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for Orchestra (1981). | UMUM | |
PERUBAHAN SOSIAL | Perubahan sosial bermaksud sebarang perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat. Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen, dan perubahan sementara dalam perkembangan idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat jenis perubahan sosial. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Mengkarak airnya beku, Anak pasung saya tekankan; Kalau hendak tidak begitu, Kalau lambat saya pesankan.
Lihat selanjutnya... |
|