| Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
| RUKUN TETANGGA | RUKUN TETANGGA, pertubuhan masyarakat bagi tujuan memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk di sesuatu kawasan perumahan atau kawasan kediaman. Rukun Tetangga telah diperkenalkan secara rasmi pada 29 Ogos 1975 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak. Perkataan Rukun Tetangga diambil daripada sebuah pertubuhan kejiranan keselamatan yang terdapat di Indonesia. Rukun Tetangga dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negari. Rukun Tetangga ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mulai bulan Oktober 1990, Rukun Tetangga diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU | ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari nagari (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta. | BUDAYA | Konsep |
|
|