Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas. Lazimnya, tera air ialah tanda yang ditinggalkan oleh dawai yang dibentuk supaya menyerupai corak tera air dan dipasangkan pada penggelek hias mesin Fourdrinier (lihat Kertas [gambar rajah: Bagaimana kertas dibuat]). Ketika corak dawai itu bersentuh dengan lapisan palpa yang basah, suatu kesan tekanan yang lut cahaya akan terjadi, dan boleh dilihat apabila kertas itu dibentang di hadapan cahaya. Suatu tanda yang kelihatan seperti tera air juga boleh dibuat secara kimia di atas kertas yang sudah siap. Kertas yang ditandakan dengan tera air sering digunakan pada dokumen penting untuk membantu mencegah peniruan atau pemalsuan. |