Samaniy, al- (506562 H./11131167 M.) ialah pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli geografi. Nama penuhnya ialah Abd al-Karim ibn Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Samaniy al- Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Saad. Dia terkenal kerana telah banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bilangan gurunya melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al- Mutaakhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka menurut susunan abjad. |