Ayckbourn, Alan (1939 ), penulis drama dan pengarah teater British, menjadi terkenal kerana komedinya. Banyak komedinya memaparkan pelbagai aspek kehidupan di bandar.  The Norman   Conquests  (1974) merupakan sebuah  trilogi  (kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di rumah hujung minggu yang sama dari sudut pandangan tiga orang yang berbeza.  Joking Apart  (1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama Ayckbourn termasuk  Absurd Person Singular  (1973),  Sisterly Feelings  (1980),  Chorus of   Disapproval  (1985) dan  Henceforward  (1987). Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal.  |