| Kata | 
    Takrif | 
    Sumber | 
   
  | pojok | 1. penjuru, pelosok, sudut; 2. ruangan dlm akhbar dll yg memuatkan kata-kata lucu tetapi pedas serta menyindir; isi ~ karangan-karangan pendek di sudut akhbar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | ruangan pojok | ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | isi pojok | karangan-karangan pendek di sudut akhbar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | pengisi pojok | penulis ruangan sudut surat khabar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | penjuru I | pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) penjuru yg luasnya 90º. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | pelosok | ceruk, penjuru, pojok, sudut: Sumatera menggantikan Melaka pd tahun 1568, sbg pusat perkembangan agama Islam ke seluruh ~ Nusantara; ke ~-~ = ke segala (seluruh) ~ sehingga ke tempat yg jauh-jauh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | ceruk I | 1. sudut (penjuru, pojok, pelosok) dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur; 2. lubang, liang, ruang (pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll), gua, celah, sela; ~ gunung lembah gunung; 3. lekuk (pd geladak kapal, jalan, dll); 4. teluk yg kecil; 5. penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dll); di seluruh ~ rantau di merata tempat, di mana-mana; ~-meruk bermacam-macam ceruk; menceruk 1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk; ceruk-menceruk mencari ke semua ceruk; terceruk berada (duduk) di ceruk (penjuru); caruk II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | pengisi | 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | sudut | 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sembahyang maghrib, sesetengah orang berangkat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudutsudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | kolumnis | penulis ruangan tetap dlm surat khabar atau majalah, pojok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
 
				 
			 
				
					
  
    | Istilah Sumber | 
    Istilah Indonesia | 
    Istilah Brunei | 
    Istilah Malaysia | 
    Bidang | 
   
  | angle | sudut/pojok | Tiada | sudut | Kesenian |  
  | angle bead | kumai pojok | Tiada | kumai sudut | Kesenian |  
  | corner reflector | pemantul pojok/pemantul sudut | pemantul penjuru/pemantul sudut | pemantul penjuru/pemantul sudut | Kejuruteraan |  
 
				 
			 
				
					
  
    | Kata | 
    Takrif | 
    Bahasa | 
    Tema | 
   
  | busou | ceruk, pojok, penjuru, sudut. | Melanau Mukah |  |  
  | teluok II | ceruk; 1 sudut penjur, pojok, pelosok dlm bilik rumah, dll: kudok gak ~ dapuor duduk di ceruk dapur; 2 lubang, liang, ruang pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll, gua, celah, sela: ~ gunuong ceruk gunung, lembah gunung; 3 lekuk pd jalan; 4 penju | Melanau Mukah |  |  
 
				 
			 
				
					
  
    | Kata | 
    Sebutan | 
    Jawi | 
   
  | pojok | [po.jo/] | ڤوجوق |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata pojok |  
  |  
  
    
   
      
                 |