Kata |
Takrif |
Sumber |
sudut | 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu ayat itu memang salah. | Kamus Pelajar |
memalingkan | 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan mengalihkan percakapan ke arah lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudut | 1 bahagian tepi sesuatu ruang yg letaknya di antara dua bidang yg bertemu; penjuru: ~ bilik. 2 bidang atau kawasan di antara dua garisan yg bertemu pd satu titik: ~ tepat sudut 90o. 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu, ayat itu memang salah. ~ bersebelahan sudut yg letaknya bersebelahan dan mempunyai satu sempadan yg sama. ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. ~ cakah sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. ~ hati (jantung) jantung hati. ~ lurus sudut yg besarnya 180o. ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180o. ~ tegak sudut yg besarnya 90o. ~ tirus sudut yg kurang drpd 90o. menyudut 1 merupakan sudut. 2 ke (di) sudut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paling II | ; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (perhatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) berubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb kelihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg sebenarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikatakan atau dijanjikan; memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan mengalihkan percakapan ke arah lain; palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-hubah; kepalingan (Lin) superlatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudut | 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sembahyang maghrib, sesetengah orang berangkat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudutsudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengubah | 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan dll): ~ pandangan. | Kamus Pelajar |
ubah | 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan dll): ~ pandangan. | Kamus Pelajar |
berpaling | 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (perhatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) berubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb kelihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg sebenarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikatakan atau dijanjikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memusatkan | menghalakan seluruh tujuan (pandangan, gerakan dll) ke arah yg satu; tidak memecah-mecahkan atau tidak membahagi-bahagikan sesuatu; menumpukan seluruhnya pd: Dia ~ seluruh tenaga utk memajukan syarikatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memusatkan | menghalakan seluruh tujuan (pandangan, gerakan dll) ke arah yg satu; tidak memecah-mecahkan atau tidak membahagi-bahagikan sesuatu; menumpukan seluruhnya kpd: Dia ~ seluruh tenaganya utk memajukan syarikatnya. | Kamus Pelajar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
eccentric viewing | pandangan eksentrik | Sains Kesihatan | Tiada | Melihat secara memalingkan mata ke arah lain selain dari kedudukan objek. |
B-scan | imbas-B | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Paparan yang menunjukkan pandangan profil keratan rentas bahan uji. Dalam imbas-B, masa perjalanan gelombang bunyi dipaparkan sepanjang paksi menegak dan kedudukan linear prob dipaparkan pada paksi mendatar. Kedudukan kedalaman dan saiz pemantul bahan uji pada arah imbasan dapat diketahui dan ditentukan. Contohnya, pada rajah nombor rajah terdapat dua jenis pantulan bunyi dari bahan uji (a-a dan b-b) yang berbeza bentuk, saiz dan kedalaman dan akhirnya menghasilkan imej imbas-B. |
verbless poetry | puisi tanpa kata kerja | Kesusasteraan | Tiada | Puisi sintaksis yang tatabahasanya lebih bergantung pada konstruksi substantif berbanding konstruksi predikat. Oleh itu, puisi tanpa kata kerja mempunyai sifat yang lebih statik dan berupa refleksi diri, biasanya terdapat dalam puisi simbolis dan surealis. Pandangan pengkritik terhadap puisi ini berbeza dengan pandangan penyair aksi daripada tradisi puisi futuris. Sama ada puisi ini melangkah menuju ke arah puisi pasca-romantik atau sebaliknya, ia masih dibahaskan. Puisi pasca-romantik mengatakan bahawa sesebuah puisi harus mencontohi bahasa seharian. |
mulamma | mulamma | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufuan ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: Pada wajah atau pandangan tuan (terhormat), usahakanlah kerja-kerja seorang hamba. Pengaruh puisi mulamma ditemui juga dalam sajak Melayu moden. Contohnya dalam petikan sajak Rizi S.S. yang berjudul Selamat tinggal Alma Materku (Pilar-pilar Widuri): Yakin penuh, wa-yarzuqhu, min haythu la-yahtiasib, biarkan daku, berbakti di mana saja. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab yang dipetik daripada al-Quran, Surah al-Talaq, ayat 3: Ertinya: Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya... Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam petikan sajak nasihat oleh Rizi S.S. yang berjudul Ah ! Apalah (Pilar-pilar Widuri): Rizi ba duza-i umr maghrur mabash, Bunyad-I tu nisti ast mamur mabash, Har chand duktur u datu ustadat khwanand, Ay khak ba in ghubar masrur mabash. Bait yang dicondongkan menggunakan bahasa Parsi yang bererti: Rizi! Usah bangga, tempoh usia yang singkat ini, asasmu pada ketidakwujudan berasa makmur, jangan begitu, Orang mungkin menggelarmu, Doktor, Dato dan Profesor, Duhai bumi! Usahlah gembira dengan debu yang berterbangan. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
neang Ml | sejenis pokok, buahnya berbentuk bulat dan dapat dijadikan mainan seperti permainan guli. | Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik. Sesekali kulemparkan pandangan ke arah pokok kayu neang yang diserikan oleh kelip-kelip. Sungguh indah sekali malam itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
agugulir Mr | tanda yang dipakai menandakan masa berkabung seseorang seperti meletakkan kain hitam di atas bahu mereka. | Pandangan mata Kinawa segera beralih ke arah yang ditunjukkan oleh Paring. Di situ dia melihat agugulir itu. Insaflah dia. Dia terlalu mengikut runtunan hatinya, hingga lupa kepada keadaan Paring yang sedang memakai tanda agugulir itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb A programming language (bahasa pengaturcaraan A) Bahasa pengaturcaraan paras tinggi yang dapat memudahkan penggunaan no- tasi matematik dan penyelenggaraan tatasusunan. Singkatan APL. (KOM) abduct (abduk) Perihal menggerakkan sesuatu anggota dari arah satah median tubuh, atau jari-jari dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu. Banding adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang dinyatakan dalam dine per sentimeter kuasa dua yang diteruskan dari suatu satah bendalir ke suatu satah selari yang lain (1 sentimeter jauhnya) dan dijanakan oleh suatu perbezaan halaju bendalir mengikut arah daya tersebut. Koefisien ini berubah mengikut suhu. (HID) absorbed water (air terserap) Air yang tertahan di dalam tanih dan mempunyai sifat fizikal yang tidak ba- nyak berbeza dengan air biasa
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd pengkomputeran suatu sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau perisian tersebut boleh mengendalikan input dan output yang mengikut piawaian CGI. antivirus (Ig. antivirus) Perisian yang digunakan untuk mengesan, mengasingkan, memadamkan, dan melaporkan virus atau kod hasad dalam sistem komputer. arah semula (Ig. redirection; Br. penghalaan semula; Id. pengalihan) Kaedah yang digunakan dalam serangan pemintasan data, iaitu alamat penghantaran data diubah suai ke suatu lokasi yang dikendalikan oleh pengguna hasad. Apabila
|
Kamus Thai 2.indb dalam bidang pendidikan akan terus disemarakkan dengan kegiatan yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Mudah-mudahan Kamus Thai-Melayu Dewan ini akan menjadi simbol dan jambatan ke arah mempertingkatkan hubungan antara Malaysia dengan Thailand dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan ekonomi. Dato' Seri Hishammuddin Bin Hussein Menteri Pelajaran Malaysia 2008 Kamus Thai 2.indb 6 4/15/2008 10 Melayu para pelajar Thai, terutamanya yang berketurunan Melayu. Sesungguhnya masih banyak lagi ruang penambahbaikan terhadap usaha pertama kami untuk menghasilkan Kamus Thai-Melayu yang jauh lebih lengkap. Dengan itu, sebarang pandangan dan komen amat dialu-alukan untuk edisi akan datang. Hajah Noresah Baharom Ketua Editor 2008 Kamus Thai 2.indb 14 4/15/2008 10:58:39 AM xv คำนำ พจนานุกรมภาษาไทย
|
|
|