Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUAMI RATU | Suami ratu ialah suami kepada ratu yang sedang memerintah. Di negara-negara yang membolehkan puteri raja mewarisi takhta kerajaan, suaminya tidak memakai gelaran raja. | UMUM | |
TEBUS TALAK | TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali. | BUDAYA | Konsep |
MENELAUS | Menelaus, raja Sparta, ialah suami kepada Helen of Troy. Paris, putera Trojan, berjaya meyakinkan Helen untuk melarikan diri bersamanya ke Troy. Menelaus bersama saudara lelakinya, Agamemnon, mengumpulkan askar dan menyerang Troy. Selepas 10 tahun, mereka menawan bandar tersebut dan Menelaus berjaya menemui semula Helen. Mereka berdua mengembara selama lapan tahun dan akhirnya sampai di Sparta. Lihat juga Helen of Troy. | UMUM | |
PUTERA PHILIP | Putera Philip (1921 ) ialah suami kepada Ratu Elizabeth II dari Great Britain. Gelaran penuhnya ialah His Royal Highness The Prince Philip, Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, Baron Greenwich. | UMUM | |
TALAK | Perceraian ialah membubarkan perkahwinan atau memutuskan hubungan suami isteri dengan menggunakan lafaz talak atau cerai. | AGAMA | Konsep |
DAULAIRE | DAulaire ialah nama keluarga bagi suami isteri yang menulis dan membuat ilustrasi buku kanak-kanak. Edgar Parin dAulaire (18981986) dan isterinya, Ingri Mortenson dAulaire (1904 1986), memenangi Caldecot Medal Amerika Syarikat pada tahun 1940 untuk biografi buku bergambar mereka, Abraham Lincoln. | UMUM | |
EDAH | Edah iaiah satu tempoh yang dihabiskan oleh seseorang perempuan selepas dijatuhi talak atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini dia tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain. | UMUM | |
ALBERT, PRINCE | Albert, Prince (18191861), mengahwini sepupunya, Ratu Victoria dari United Kingdom pada tahun 1840. Sebagai suami kepada Ratu, baginda dihormati kerana pertimbangan warasnya tentang industri dan perniagaan. | UMUM | |
CINA BUTA | CINA BUTA, peranan yang dimainkan oleh sang perantara sementara yang berstatus suami dalam keadaan perkahwinan yang telah mengalami talak tiga. Panggilan umum terhadap suami begini ialah muhalil (yang menghalalkan) kerana perkahwinan dengannya membolehkan bekas suami mengahwini kembali isterinya yang telah diceraikan dengan talak tiga. | BUDAYA | Konsep |
ANUGERAH DUKE OF EDINBURGH | Anugerah Duke of Edinburgh ialah anugerah bagi pembinaan sahsiah belia antarabangsa yang mula-mula dicadangkan pada tahun 1954 oleh Duke of Edinburgh, suami kepada Ratu Elizabeth II (lihat Philip, Prince ). | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Penggal betik penggallah puan, Penggal keduduk dalam kerami; Tinggal encik tinggallah puan, Tinggal duduk dengan suami.
Lihat selanjutnya... |
|