Macarthur, John (17671834), mengasaskan industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai tentera British. Pada waktu itu kerajaan British menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan dan pertanian di New South Wales dan menjadikan diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan berjuang untuk menjayakannya sepanjang hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh. |