Parlimen Lanjut merujuk kepada suatu sesi Parlimen Inggeris yang bersidang panjang tanpa rehat mulai tahun 1640 hingga tahun 1653. Persidangan ini dimansuhkan dengan rasminya pada tahun 1660. Parlimen Lanjut ini bermula dengan perbalahan secara langsung dengan Raja Charles I, kemudian bersidang semula semasa Perang Saudara, menjatuhkan hukuman bunuh ke atas raja ini, mencuba memerintah dalam masa kegelisahan selepas perang itu, dan akhirnya dimansuhkan untuk memberikan laluan kepada Parlimen baharu di bawah Raja Charles II. |