Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAFEINA | Kafeina ialah pepejal yang tidak berbau, berasa pahit sedikit. Ia ialah bahan perangsang, dan didapati sedikit dalam kopi, teh, dan sesetengah minuman ringan lain. | UMUM | |
SEDATIF | Sedatif ialah ubat yang mengurangkan aktiviti sistem saraf pusat. Sedatif dipreskripsikan terutamanya untuk mengurangkan keresahan atau untuk melahirkan rasa mengantuk. Kesan sedatif bergantung pada dos. Apabila diambil sedikit, dadah ini menenangkan seseorang. Dos yang lebih sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk. Apabila digunakan untuk menimbulkan rasa mengantuk, dadah ini umumnya dikenali sebagai hipnotik. | UMUM | |
KEHIDUPAN | Kehidupan. Kebanyakan orang menghadapi sedikit kesukaran untuk membezakan benda hidup daripada benda bukan hidup. Misalnya, mereka mudah mengenal bahawa rama-rama, kuda, dan pokok adalah hidup, tetapi basikal, rumah, dan batu adalah tidak hidup. Kita menamakan sesuatu itu hidup jika ia dapat melakukan aktiviti tertentu, seperti pertumbuhan dan pembiakan. | UMUM | |
KAWASAN TENANG | Kawasan tenang ialah kawasan yang biasanya sedikit sekali berangin atau tiada langsung berangin. Beberapa kawasan di permukaan bumi dikenali sebagai kawasan yang selalu tenang. Kawasan tenang ini termasuk utara dan selatan garisan lintang kuda , utara dan selatan wilayah subkhutub dan doldrum khatulistiwa. | UMUM | |
REAKTOR NUKLEAR | Reaktor nuklear ialah peranti yang menghasilkan amat banyak tenaga daripada sedikit bahan api. Ia kadangkala dikenali sebagai tindanan reatom . Reaktor nuklear menjana tenaga terutamanya dalam bentuk haba melalui proses yang dikenali sebagai pembelahan nuklear . Pembelahan nuklear ialah pembelahan nukleus atom uranium atau atom plutonium. | UMUM | |
SHRIKE | Shrike ialah burung yang boleh dikenal melalui paruhnya yang kuat dan bengkok sedikit, dan melalui tabiatnya menujah belalang, mencit, dan burung kecil pada duri, ruit, atau ranting, sama seperti penyembelih menggantung daging. Burung ini kemudiannya menyiat mangsanya hingga halus dan memakannya. Daripada tabiat ini berasal nama biasanya, iaitu burung penyembelih. | UMUM | |
ALIRAN PELBAGAI FASA | Misalnya dalam proses pengeluaran gas, walaupun nisbah gas terhadap cecair adalah tinggi, kewujudan cecair walaupun sedikit, boleh memberi kesan yang tinggi kepada fenomena aliran di dalam paip. Dalam industri kimia pula, aliran pelbagai fasa yang terdapat di dalam peranti yang menjana stim dan sistem paip di dalam reaktor nuklear juga mengalami proses pemindahan haba. Keadaan ini menyulitkan lagi analisisnya. Haba yang diterima akan mengubah pecahan gas dan cecair dalam aliran pelbagai fasa tersebut. Dengan pemanasan, komposisi bendalir akan terus berubah. Pengaruh pemindahan haba terhadap aliran pelbagai fasa juga boleh menyebabkan sebahagian bendalir membeku. Masalah aliran pelbagai fasa amat kompleks keadaannya. Banyak pengetahuan banyak persamaan korelasi yang telah diolah....rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
PROTESTANISME | Protestanisme ialah nama umum bagi beratus- beratus mazhab dan taifah Kristian yang mempunyai sedikit atau banyak perbezaan di antara satu sama lain. Kira-kira 380 juta manusia kira-kira tujuh peratus penduduk dunia tergolong dalam pelbagai kumpulan Protestan ini. Di kalangan badan-badan agama Kristian, hanya Gereja Roman Katolik mempunyai ahli yang lebih ramai. | UMUM | |
MANGAN | Mangan ialah unsur logam yang rapuh, berwarna perak-kelabu. Semua tumbuhan dan haiwan memerlukan sedikit unsur ini. Mangan juga ialah bahan yang penting dalam keluli dan mempunyai banyak kegunaan perindustrian yang lain. | UMUM | |
ZAMRUD | Zamrud ialah batu permata berwarna hijau yang merupakan varieti mineral beril. Warnanya hijau disebabkan kehadiran sedikit kromium dalam hablurnya. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit |
|
Puisi |
---|
|
Sayang dewa membuang dewi, Sedikit kapur banyak gambir; Banyak bohong buat sendiri, Sedikit tutur banyak sindir.
Lihat selanjutnya... |
|