Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEMANGAT PADI | SEMANGAT PADI, kuasa ghaib yang dimiliki oleh padi dan dipercayai dapat menyuburkan padi, menjaga ladang, sawah padi dan dapat meningkatkan penghasilan. Masyarakat Melayu pada asalnya ialah masyarakat pertanian. Mereka bergantung pada sawah padi untuk keperluan makanan asasi iaitu nasi. Demi menjaga sawah padi supaya sentiasa mengeluarkan hasil padi untuk makanan serta kesejahteraan, orang Melayu mengadakan ritual. | BUDAYA | Kepercayaan |
ANUR | Alat pengangkut untuk mengangkut barang yang ditarik oleh lembu atau kerbau. Anur dikenal juga sebagai andur. Selalunya petani menggunakan alat ini untuk mengangkut padi atau berbagai-bagai jenis hasil tanaman dari sawah atau kebun ke rumahnya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
RANAU | RANAU, daerah di Residensi Pantai Barat Sabah. Ranau dalam bahasa Dusun bererti tanah sawah yang sentiasa basah. Keluasan Ranau ialah 2 977 km persegi. Pekan Ranau terletak di pinggir sebuah sungai dan tanah pamah yang luas, setinggi 914.4 m dari paras laut. Sesetengah orang percaya bahawa di Ranau terdapat sebuah gunung berapi. Ini terbukti dengan adanya mata air panas di Poring, lebih kurang 24 km dari Ranau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KERI | KERI, alat pertanian tradisi untuk membersihkan rumput rampai dan tumbuhan melata di sawah padi. Rupa keri seperti cangkul tetapi lebih kecil. Mata keri diperbuat daripada besi waja. Bentuknya bengkok. Bahagian belakangnya tumpul manakala bahagian hadapannya tajam., Panjang hulu keri lebih kurang 0.92 cm, diperbuat daripada kayu keras dan tahan tetapi ringan seperti kayu halban. | BUDAYA | Alat/Alatan |
TERUSAN WAN MAT SAMAN | at Saman ialah sebuah terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air dari terusan itu ke kawasan penanaman padi. Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan 36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut. | UMUM | |
SUNGAI IRRAWADDY | Sungai Irrawaddy yang juga dieja Irawadi ialah sungai utama di Myanmar. Sungai ini mengalir kira-kira 2000 kilometer ke arah selatan melalui beberapa pemandangan yang amat menarik di negara tersebut. Sungai Irrawaddy berpunca dari kawasan tinggi dan berbatu-batan di bahagian utara Myanmar. Ia mengalir melalui kawasan yang berpenduduk padat sehingga ke kawasan sawah padi yang luas. Di sana, Sungai Irrawaddy memasuki Teluk Benggala melalui banyak muara yang membentuk suatu delta tanah ladang yang subur. | UMUM | |
SISIR | SISIR, sejenis alat pertanian untuk meratakan tanah sawah selepas ditajak atau ditenggala. Sisir juga digunakan untuk mengaut sampah. Sisir terbahagi kepada dua bahagian iaitu tapak dan jejari. Tapak sisir diperbuat daripada kayu, manakala jejarinya pula diperbuat daripada buluh, nibung, kayu ataupun besi. Tapaknya (palang atas) berukuran antara 1 m hingga 1.2 m panjangnya, manakala panjang jejarinya pula lebih kurang 0.5 m. | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
TAJAK | TAJAK, alat pertanian untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah. Alat ini terdiri daripada mata tajak yang diperbuat daripada besi yang berbentuk tirus, tajam di bahagian hadapannya; dan pemegang atau hulunya yang diperbuat daripada kayu bulat. Biasanya hulu diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh tahan lama, misalnya kayu cingam, halban dan kopi. Panjangnya lebih kurang 10 cm hingga 15 cm. Kayu yang dipilih tidak terlalu lurus, tetapi melengkung sedikit untuk membolehkan tajak digunakan dengan mudah. | BUDAYA | Alat/Alatan |
MUHAMMAD YAMIN | MUHAMMAD YAMIN (1903-1962), penulis dan ahli politik Indonesia. Dia lahir pada 23 Ogos 1903 di Sawah Lunto, Indonesia. Muhammad Yamin saudara seayah dengan Adinegoro, tokoh wartawan Indonesia, dan dia juga ialah bapa saudara Dr. M. Amir, seorang tokoh budaya sebelum perang. Muhammad Yamin lulusan Sarjana Undang-undang dari Perguruan Tinggi Hukum (selepas Perang Dunia Pertama menjadi sebahagian daripada Universitas Indonesia). | SASTERA | Tokoh |
ALAT PERIKANAN DARAT | ALAT PERIKANAN DARAT, alat-alat yang digunakan untuk mengakap ikan di sungai, kolam, tasik, sawah, parit dan paya. | BUDAYA | Konsep |
|
Puisi |
---|
|
Anak lipan sawah padi, Cari makan tepi pantai; Senjata simpan dalam peti, senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai.
Lihat selanjutnya... |
|