Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SYAIR CENDAWAN PUTIH | SYAIR CENDAWAN PUTIH, sastera hikayat dalam bentuk syair. Syair ini tergolong dalam genre sastera saduran yang mempunyai pengaruh cerita Panji, epik Ramayana dan cerita saduran Arab-Parsi. Syair Cendawan Putih telah diterbitkan oleh tiga penerbit dalam bentuk tulisan Jawi dengan cap batu iaitu percetakan al-Aminat al-Thabaat, percetakan Sulaiman Mari, Singapura, dan percetakan Mutaba Mohamady, Bombay. | SASTERA | Konsep |
SASTERA KITAB | SASTERA KITAB, karya yang dihasilkan mengenai ilmu keagamaan. Karya ini merupakan hasil tulisan para ulama di Nusantara. Sastera kitab meliputi karya asli dan karya saduran atau terjemahan dari Asia Barat. Sastera kitab ditulis dalam huruf Jawi. Pada peringkat awal, karya ini ditulis dalam bentuk manuskrip, kemudian pada abad ke-19, karya ini mulai dicetak dalam bentuk cetakan batu. Cetakan ini dilakukan di Mesir, Makkah, Bombay, Singapura dan Pulau Pinang. | SASTERA | Konsep |
|
|