Abdomen ialah rongga badan di antara toraks (dada) dengan rongga pelvik. Dinding otot yang kuat, dikenali sebagai diafram, memisahkan abdomen dari toraks. Tetapi tidak ada struktur yang memisahkan abdomen dari rongga pelvik. Organ abdomen terdiri daripada perut, hati, pankreas, usus, ginjal, kelenjar adrenal dan limpa. Membran nipis yang dikenali sebagai peritoneum melapisi seluruh rongga abdomen dan melitupi kebanyakan organ abdomen. |