Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEPAK RAGA | Sepak raga ialah sejenis permainan tradisional. Sepak raga dimainkan dengan menggunakan bola raga yang diperbuat daripada rotan. Mengikut Sejarah Melayu , permainan ini wujud sejak zaman Kesultanan Melaka abad ke-15. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh rakyat biasa tetapi juga popular di kalangan para pembesar dan golongan istana. | UMUM | |
SEPAK TAKRAW | Sejenis permaian yang menggunakan bola raga | SUKAN | Tokoh |
SUKAN TANAH TINGGI | Sukan tanah tinggi ialah pertandingan olah raga, pertandingan meniup seruling dan tarian diadakan setiap tahun di Scotland pada musim bunga. Sukan ini juga dikenali sebagai Perjumpaan Tanah Tinggi. Peserta-peserta datang dari semua daerah di Scotland, berpakaian seperti orang Tartan (lihat Tartan). | UMUM | |
KISAR | KISAR, alat untuk mengisar padi dan tepung. Kisar atau pengisar padi diperbuat daripada buluh yang dianyam dan di dalamnya diisi dengan tanah liat. Tapaknya diperbuat daripada dua batang kayu berukuran 72 cm x 7.5 cm x 7.5 cm yang disilangkan dengan paku. Buluh belalai atau buluh duri diraut kecil dan dianyam menjadi dua buah raga yang bergaris pusat 465 cm sebagai kulit kisar. Buluh juga digunakan untuk membuat piring melingkari raga di bahagian bawah, bergaris pusat 78 cm dan tingginya 9 cm. Bakul bahagian bawah yang dianyam, setinggi 54.5 cm diisi dengan tanah liat yang dicampurkan garam. Apabila kering, tanah liat itu menjadi keras seperti simen. | BUDAYA | Alat/Alatan |
RUMPUT BUATAN | Rumput buatan ialah keluaran buatan kilang yang kelihatan seperti rumput. Stadium olah raga menggunakannya sebagai ganti padang rumput. Kegunaannya yang lain termasuk pengesat kaki, seni landskap dan patio. | UMUM | Umum |
DATO' BAHAMAN | DATO BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED KHIR JOHARI, TAN SRI | MOHAMED KHIR JOHARI, Tan Sri (1923- ), ahli politik. Dia lahir pada 29 Januari 1923 di Alot Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alot Setar pada tahun 1938. Ketika menuntut di kolej, dia amat aktif dalam sukan dan pernah menulis tentang permainan sepak raga untuk majalah kolej. Dia memulakan kerjaya sebagai guru. Setelah itu dia meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata raga |
|
Puisi |
---|
|
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai.
Lihat selanjutnya... |
|