Mexico City ialah ibu negara Mexico dan salah satu daripada bandar raya yang terbesar di dunia. Lebih daripada lapan juta penduduk tinggal di Mexico City. Kawasan metropolitannya menampung seramai 15 juta penduduk. Mexico City merupakan bandar utama antara kawasan pusat bandar dunia yang paling pesat penduduknya (lihat Bandar raya: [jadual: bandar terbesar di dunia]). Bandar ini merupakan pusat perdagangan, pengajian tinggi, industri, kebudayaan, dan pengangkutan. |