Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PONDOK | Sebahagian daripada institusi pendidikan bagi orang-orang Islam di Alam Melayu. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
PONDOK BALAK | Pondok balak adalah salah satu tempat kediaman terawal yang dibina oleh peneroka Eropah di Amerika Utara. Pondok balak merupakan tempat berlindung kepada manusia yang tinggal di kawasan hutan dan kekurangan alat pertukangan. Pondok balak ini menjadi lambang kesukaran dan nilai-nilai baik yang menentukan sempadan hidup. Ramai orang Amerika yang terkemuka termasuklah lima orang presidennya iaitu Andrew Jackson, James Polk, James Buchanan, Abraham Lincoln dan James Garfield dengan bangganya mengaku dilahirkan di petempatan seperti ini. | UMUM | |
SEKOLAH PONDOK | SEKOLAH PONDOK, institusi pengajian dan pendidikan Islam secara tradisional. Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di Minangkabau. Sekolah pondok adalah sebuah kawasan yang di dalamnya terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid. Rumah-rumah kecil tersebut merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat belajar dan beribadat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TASIK SAINT CLAIR | Tasik Saint Clair, terletak di hujung selatan Taman Negara Gunung Cradle Tasik Saint Clair di bahagian tengah dataran tinggi Tasmania, iaitu sebuah negeri pulau di Australia. Tasik ini mempunyai kawasan seluas 2851 hektar. Tasik ini merupakan punca Sungai Derwent, iaitu sungai yang terbesar di pulau tersebut. Penjelajah belukar membuat perjalanan di sepanjang denai merentasi taman selama tiga hari. Pondok-pondok perlindungan didirikan dalam jarak berjalan kaki yang dekat kerana kemungkinan perubahan cuaca yang mendadak daripada cuaca musim panas kepada keadaan ribut salji. | UMUM | |
ABDUL KADIR | ABDUL KADIR (1914-?), guru pondok dan ahli politik. Dia lahir di Padang Midin, Kuala Terengganu, Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
HAJI SULONG PATANI | HAJI SULONG PATANI (1895 1954), ulama Patani. Dia lahir pada tahun 1895 di Kampung Anak Ru, Patani Thailand. Nama asalnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Sulom Haji Abdulkadir bin Muhammad al-Fatoni. Namun dia lebih dikenal dengan nama Haji Sulong kerana mengikut panggilan yang diberi oleh masyarakat Melayu kepada anak pertama. Dia merupakan anak lelaki tunggal. Dia menerima pendidikan awal di Pondok Tuan Guru Haji Wan Musa iaitu Pondok Bandar, sebuah pondok tradisional yang terkenal di Patani pada waktu itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HUSSAIN CHE' DOL | HUSSAIN CHE DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HAJI YAHAYA JUNID | HAJI YAHAYA JUNID (1911 - ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CHE' DOL | CHE DOL (1873-1948), ulama. Dia lahir di Menajong, Wilayah Patani. Nama Che Dol yang sebenarnya ialah Ismail bin Mustafa. Dia mula belajar di Pondok Haji Wan Abdul Kadir Bendang Jaya, Patani semasa berusia tujuh tahun. Dia meneruskan pelajarannya ke Pondok Tuan Minau, Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama lapan tahun. Di Makkah, dia berguru dengan Syekh Ahmad Patani, seorang ulama terkenal yang mengajar di Masjidilharam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SENI BINA ISLAM | Seni bina Islam adalah salah satu bidang penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti dengan keupayaan para arkitek Islam membina pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan pondok. Contoh seni bina bercorak moden termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan, agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pondok (kata nama) | Bersinonim dengan teratak, dangau, gubuk, ran, sudung, sudung-sudung, cungkup, gerogol, sapar,
jerumun, telatap, sarudung, pundung, lepau, jambar, rompok, pelampang, sulap., | |
|
Puisi |
---|
|
Dirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa; Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa.
Lihat selanjutnya... |
|