Kata |
Takrif |
Sumber |
rompok | Jw pondok, rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setumpuk | sj tumbuhan (pokok renek), melur jawa, pokok rabu kembang, rompok, Clerodendron fragrans. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabu kembang | a) sj tumbuhan (pokok renek), akar serimbung, julung jantan, Alchonea rugosa (javenis); b) sj tumbuhan (pokok renek), melur jawa, rompok setumpuk, Clerodendron fragrans. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabu II | ; ~ kembang a) sj tumbuhan (pokok renek), akar serimbung, julung jantan, Alchonea rugosa (javenis); b) sj tumbuhan (pokok renek), melur jawa, rompok setumpuk, Clerodendron fragrans. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Clerodendron fragrans | setumpuk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek yang tumbuh tegak dalam famili Verbenaceae dan dikenali juga sebagai rompok, melur hutan atau melur jawa. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau kebun terutama di kawasan redup dan berpasir. Daunnya berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau tua dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya keluar dari hujung batang dan tersusun padat pada jambak yang bertangkai pendek, warnanya putih keungu-unguan. Kelopak bunga berbentuk bulat dan tersusun berlapis-lapis serta baunya harum. Air rendaman pokok ini boleh dibuat mandian berubat untuk merawat penyakit reumatik. Air rebusan ini juga dibuat mandian herba untuk ibu yang baru bersalin. Daun yang ditumbuk lumat bersama-sama kapur disapukan pada kulit untuk mengubati panau. Tumbuhan ini juga dibuat ubat demam malaria. Daun yang telah dihancurkan disapukan pada leher untuk mengubati batuk. Setumpuk mempunyai bunga yang harum dan cantik, dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rompok | [rom.po/] | رومڤوق |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata rompok |
|
|