Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia hampir mengheret England dalam konflik di Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M. Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan misi mendapatkan bantuan Perancis dan England yang berkecuali agar membantu pihak Selatan. Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba . Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto menahan kapal British itu tanpa arahan untuk berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts. Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di lautan kerana England adalah negara berkecuali. |