Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENJAGA | | UMUM | |
SATELIT | Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan satelit bermaksud penjaga. Bulan kita yang mengelilingi bumi dalam perjalanannya mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang- bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit. Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit; Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan 2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan Zuhal dengan 18. Lihat rencana planet yang berasingan, seperti Musytari . | UMUM | |
H.B. JASSIN | H.B. Jassin (1917 2000) ialah penulis esei dan pengkritik sastera Indonesia, yang dikenali sebagai penjaga kesusasteraan Indonesia moden. | UMUM | |
ANJING GEMBALA ANATOLIAN | Anjing gembala Anatolian ialah anjing dari keturunan anjing mastif purba di Asia Kecil. Ia juga dikenali sebagai Karabash atau anjing penjaga Turki . | UMUM | |
MENTOR | Mentor ialah seorang sahabat yang lebih tua, dan penasihat kepada Odysseus, hero kepada epik Yunani purba, Odyssey. Sebelum Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin) pergi bertempur dalam Perang Trojan, dia melantik Mentor sebagai penjaga anak lelakinya, Telemachus. Dengan bimbingan Mentor, dewa Athena telah menolong Telemachus mencari Odysseus. Hari ini, perkataan mentor bererti seorang kaunselor yang baik dan boleh dipercayai. | UMUM | |
BURUNG PETALAWATI | BURUNG PETALAWATI, burung yang menjadi penjaga negeri Kelantan dalam cerita-cerit lama. Burung ini dikatakan timbul dalam mimpi Sultan Kelantan. | BUDAYA | Konsep |
ANDRADA E SILVA, JOSÉ BONIFÁCIO DE | Andrada e Silva, José Bonifácio (1763 1838), ahli sains Brazil dan negarawan yang dikenali sebagai arkitek kemerdekaan Brazil. Pada tahun 1822, dia membebaskan Brazil daripada Empayar Portugis, dan berkhidmat dengan maharaja baharu, Pedro I. Dia kehilangan sokongan dan dibuang negeri buat sementara waktu. Sekembalinya di Brazil, Pedro melantiknya sebagai penjaga puteranya, bakal Pedro II (lihat Pedro II ). | UMUM | |
ARGUS | Argus ialah raksasa besar dalam mitologi Yunani. Ia mempunyai 100 biji mata dan dikenali sebagai Panoptes, yang bermakna melihat segalanya. Dewi Hera menugaskan Argus menjaga pesaing yang dibencinya, Puteri Io yang cantik, yang juga perempuan simpanan suaminya, Zeus. Atas alasan ini, perkataan argus kadangkala digunakan untuk menerangkan penjaga yang sentiasa berjaga-jaga. | UMUM | |
TARQUINIUS | Tarquinius ialah nama bagi dua daripada tujuh raja legenda Rom. Lucius Tarquinius Priscus (memerintah dari tahun 616 S.M. hingga tahun 578 S.M.), ialah raja Rom yang kelima. Mengikut cerita legenda, Lucius lahir di Etruria dan bukan daripada keturunan diraja. Baginda datang ke Rom dan menjadi sahabat baik kepada raja, Ancus Marcius, yang kemudiannya telah melantik Lucius sebagai penjaga kepada puteranya. Apabila raja mangkat, Priscus telah dipilih untuk menggantikan raja. | UMUM | |
NASH, JAMES | Nash, James (18341913) ialah pencari gali yang menemui kawasan emas di Gympie, Queensland, Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang penemuan emas memulakan salah satu daripada kerubut emas yang terkenal dalam sejarah Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun 1888, kerajaan Queensland memberinya kerja sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie. Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh tan metrik batu granit didirikan sempena menghormatinya di Taman Gympie. Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah ke Australia pada tahun 1857. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| jaga (kata kerja) | Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;, | | Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga, |
|
|