Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 20 ayat. Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia disebut di permulaan surah ini. Surah ini menekankan pemantapan akidah dan iman dengan penumpuan kepada kepercayaan kepada hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan dengan orang yang melakukan kejahatan. |