Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PELITA BAHASA MELAYU | PELITA BAHASA Melayu, buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Zaba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu. Pelita Bahasa Melayu Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, Pelita Bahasa Melayu Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III (PBM III) pada tahun 1947. Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962. Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965. | BAHASA | Penerbitan |
PELITA | PELITA, persatuan penulis. Nama penuh PELITA ialah Persatuan Sasterawan Muda Terengganu. PELITA ditubuhkan pada 15 April 1966 di Bangunan UMNO Kuala Terengganu dan mendapat pengesahan pendaftaran pertubuhan pada 25 Februari 1968. | SASTERA | Kegiatan |
PELITA MALAYA | PELITA MALAYA, akhbar harian. Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu. Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946. akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya. Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa. Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah. Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
PELITA BAHASA | PELITA BAHASA, majalah bahasa berbentuk popular. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1 Mac 1989. Majalah ini menggarap seluruh persoalan bahasa. | BAHASA | Penerbitan |
PERSATUAN SASTERAWAN MUDA TERENGGANU (PELITA) | Persatuan Sasterawan Terengganu. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
EJAAN RUMI ZA'BA | EJAAN RUMI ZABA, sistem ejaan Rumi yang disusun untuk bahasa Melayu oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dan telah dimuatkan dalam buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang diterbitkan pada tahun 1949. Sistem ejaan ini juga telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam buku Pelita Bahasa Melayu oleh penyusun yang sama. Nama asal bagi sistem ejaan ini ialah Petua-Petua Ejaan Rumi dan sempena nama penyusunnya, sistem ini dikenal dengan nama Sistem Ejaan Rumi Zaba.
| BAHASA | Bahasa |
HADIAH NOVEL DARUL IMAN | HADIAH NOVEL DARUL IMAN, peraduan mengarang novel berunsur Islam. Peraduan ini ditaja oleh kerajaan negeri Terengganu dan diselenggarakan bersama oleh Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Peraduan ini dilancarkan pada 20 April 1981 dengan menawarkan anugerah dan hadiah utama bernilai RM15 000; RM5000; dan RM5000. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
ANGKATAN WANITA SEDAR | Angkatan Wanita Sedar, pertubuhan wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Angkatan Wanita Sedar atau akronimnya AWAS ditubuhkan pada tahun 1946 dan diketuai oleh Aishah Ghani, wartawan akhbar Pelita Malaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA | PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA, satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam buku karangan Za'ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Buku ini diterbitkan pada tahun 1949. Usaha mengumpul bahan untuk buku ini bermula pada tahun 1918 tetapi hanya pada tahun 1938 bahan-bahannya siap dikumpul. Pada bahagian permulaan buku ini diberikan kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi atau dengan kata lain Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu. Sebenarnya sebelum disusun kaedah ejaan Jawi yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu, Za'ba telah menulis sebuah buku yang berjudul Rahsia Tulisan Jawi (1931). Pada tahun 1940, Za'ba memasukkan kaedah ejaan Jawi ke dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. | BAHASA | Bahasa |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelita. |
|
Puisi |
---|
|
Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa.
Lihat selanjutnya... |
|