Pinochle ialah sejenis permainan yang menggunakan daun terup yang dibungkus khas yang mengandungi 48 kad. Terdapat empat sut daun terup, yang setiap satunya terdiri daripada 12 kad. Dua kad daripada setiap sut daun itu mempunyai angka daripada sembilan hingga kepada sat. Sat ialah daun yang mempunyai kedudukan paling tinggi, diikuti dengan daun 10, raja, permaisuri, pekak J, dan 9. |