Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANTINEUTRON | Antineutron ialah pasangan neutron yang mempunyai cas yang bertentangan. Pasangan demikian, yang dinamakan antizarah wujud pada semua zarah atom. Neutron tidak mempunyai cas elektrik, tetapi terdiri daripada zarah bercas kecil yang dikenali sebagai kuark . Cas kuark dalam antineutron adalah terbalik. Apabila antineutron dan neutron berlanggar, ia boleh memusnahkan satu sama lain. Semasa berlaku demikian, ia membebaskan tenaga. Antineutron ditemui pada tahun 1956. Lihat juga Antijirim; Neutron. | UMUM | |
NISBAH | Nisbah ialah pasangan nombor yang tersusun atau set yang mewakili hubungan antara nombor atau kuantiti. Nombor dalam nisbah dikenali sebagai unit nisbah. | UMUM | |
ANTIPROTON | Antiproton ialah pasangan proton yang mempunyai cas yang bertentangan. Ahli fizik percaya bahawa semua zarah atom mempunyai antizarah demikian. Antizarah proton yang bercas positif mempunyai cas negatif. Ia mempunyai jisim yang sama dengan proton. Apabila antiproton dan proton berlanggar, ia boleh memusnahkan satu sama lain, sambil membebaskan tenaga. Antiproton ditemui pada tahun 1955. Lihat juga Proton. | UMUM | |
TARIAN DATARAN | Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan yang dianggotai oleh empat pasang penari. Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi empat ataupun dalam susunan bulatan yang dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh menari berbaris memanjang , dengan dua baris pasangan bertentangan. | UMUM | |
DOLIN, SIR ANTON | Dolin, Sir Anton (19041983) ialah orang Inggeris yang pertama terkenal sebagai penari antarabangsa. Dia menjadi pasangan kepada ramai penari balet perempuan yang terkenal, terutama Alicia Markova. | UMUM | |
POLONIUM | Polonium ialah unsur kimia yang mempunyai simbol Po. Ia merupakan satu unsur logam radioaktif yang luar biasa. Ia ditemui oleh pasangan ahli fizik Perancis, Marie dan Pierre Curie, pada tahun 1898. Mereka menamakannya polonium sempena nama negara Poland, tempat lahir Marie Curie. Polonium terbentuk dengan sendirinya dalam bijih uranium picblend. Kebanyakan polonium dihasilkan secara buatan dengan menembak bertalu-talu bismut, sejenis logam dengan neutron. | UMUM | |
KAUNSELING GENETIK | Kaunseling genetik ialah teknik menentukan kemungkinan bayi yang bakal lahir. Pakar bidang ini yang digelar kaunselor genetik dapat membuat ramalan yang tepat kemungkinan pasangan suami isteri itu melahirkan anak yang mengalami cacat keturunan. | UMUM | |
TANGO | Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa. Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah. Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat. Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal sebagai tango dan sungguh dramatik. | UMUM | |
STRUVE, OTTO | Struve, Otto (18971963) ialah ahli astranomi Amerika yang banyak menyumbangkan kajian tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve banyak membuat kajian tentang bintang dedua spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya dapat dikenal dengan menganalisis spektrum cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan berkitar garis spektrumnya daripada gelombang biru kepada gelombang merah dan kemudiannya berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang (Bintang dedua). | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta mengutu iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. | BUDAYA | Konsep |
|
|